السلام عليكم
Kata orang, E&E susah. Aku akuinya melalui final EMA lepas.
Menyesal ?
Yea.
Alasannya, aku dah submit borang course yang aku nak pilih. ( link sini )
Baru aku tahu kenapa aku ' agak ' tertekan cuti lepas. Rupanya, aku fikiran pasal Sem 2 ini, yang sedang aku jalani. Mungkin saat lepas ( sebelum keputusan keluar ), persoalan ini sering bermain dalam kotak fikiran ;
" EMA susah, tapi aku dah submit course menjurus ke bidang itu ! Kalau boleh tukar, bidang apa pula aku kena ambil ? Chemical ? Heh, seniors Chem Eng. lagi ramai lingkup exam daripada E&E Eng. Mechanical ? Engkau sendiri tahu kau alah subjek itu. Civil ? Kena ambil Mechanical & Thermal Science B ! T.T Mechatronic ? Baru 2-3 hari aku jejak Notts, aku dah dengar kisah hidup 'gelap' budak Mecha ! "
*mengeluh.
Look at the brightside of life D-SIM.
Benda dah lepas bukan kau boleh ubah.
Setiap usaha,
mesti ada doa,
mesti ada tawakal.
Aku dah berusaha.
Cuma usaha itu masih kuiringi dengan keluhan hati padaNya.
Aku sedar, bertawakal itu perlu wujud lepas berusaha.
He knows the best for me.
Good results act as an inspirational message.
Get ready to achieve more success ahead.
Failure ? Its educational.
Learn from the past to make a sweet pleasant of present living,
and whatever I do as in present, the results is everything in future.
Semalam petang, cerah. Berangin dingin, kelihatan pula kepulan awan hitam berarak ke Bukit Broga. Bakal hujan agaknya. Mungkin itu yang boleh diibaratkan hati aku. Senyuman itu masih murah, masih ceria bermanis muka, bersalaman merapatkan ukhwah jemaah Asar tadi, tapi siapa tahu keluh kesah hati gelisahku ini saat diberitahu keputusan sudah keluar ? Lambat - lambat aku mengorak langkah ke bilik. Apa - apa pun, orang pertama yang mesti tahu adalah mak !
" Hey D-SIM ! Result macam mana ? "
Ai, rasa keputusan baru sahaja keluar.
Sudah ada yang berani bertanya ?
" Belum check lagi "
Ringkasku menjawab,
seraya itu, beribu kemungkinan mendung difikiran.
Calculus kau pula macam mana ?
Baru pagi tadi Dr. Rohaizan pesan ramai gagal.
Math tech kau ?
30% pelajar gagal kata Miss Janice Tan !
*mengeluh.
Aku risau gagal, 'cukup-cukup' makan pun begitu juga. Sebab aku sedar tanggungjawab aku. Aku duta Islam, aku juga cermin agamaku.
Dan, jalan berdakwah juga bermula dari diri sendiri, biar itu dipandang baik menjadi ikutan ramai ( moga bukan riak ujub atau takabbur pula yang menyusul. Amin ) Baiknya aku, orang tunding jari ke agamaku kembali. Buruknya aku, orang tuding jari ke agamaku kembali. Kalau aku gagal, bukan nanti datangnya fitnah beragama, berusrah, beribadat mengurangkan masa belajar sehingga tiada masa untuk belajar lalu gagal ? Sekali lagi, aku duta Islam. Wajib aku tempiaskan itu semua ! Aku nak tunjuk penganut Islam itu hebat. Biar orang luar tahu penganut Islam itu sebenarnya disuruh mengejar ilmu, biar ilmu itu penuh di dada. Andalusia dahulunya hebat. Kenapa ? Itu pusat ilmu dahulu ! Islam itu disegani kerana ilmu penganutnya, baik dari segi dunia dan akhirat. Segenap aspek dalam kehidupan wajib aku 'kuasai', perlu aku ambil tahu. Malu aku mengaku umat baginda jika ilmu duniawi aku gagal, walau ia cuma secubit sahaja !
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."
(Riwayat Ibnu As-Sakir dari Anas r.a.)
Selipar disusun, pintu kukuak buka. Terlihat laptop dilantai bilik, sedia menyerah diri bagai beria ria mahu aku buat benda sepatutnya - periksa keputusan kau !
*mengeluh.
This is it.
Check keputusan sekarang atau kemudian tetap sama. Kalau keputusan bagus, bagus juga. Kalau teruk ? Teruk lah juga. Bukan aku boleh ubah pun kan ?
http://my.nottingham.ac.uk/media/uk/ac/nottingham/compass/layout/public/
Login.
Lihat butang 'course',
tekan.
Lihat butang 'course',
tekan.
View Transcript ?
Teragak - agak aku tekan.
Ada jodoh cemerlang EMA itu ada dengan aku ?
EMA EMA EMA oh EMA,
tiada lain yang kufikirkan selain engkau !
Dengan lafaz bismillah . . .
Alhamdulillah, EMA cemerlang ! :D
Seronok bila depan mata sendiri Allah tunaikan apa yang aku mintak !
Benar sebenarnya pilihan aku dahulu !
Benarlah juga pilihan degree E&E aku nanti, insyaAllah !
Menjerit " alhamdulillah" aku,
syukur kehadrat Illahi sambil mata meliar mencari handphone,
mimi ada berita gembira mak !
Benar sebenarnya pilihan aku dahulu !
Benarlah juga pilihan degree E&E aku nanti, insyaAllah !
Menjerit " alhamdulillah" aku,
syukur kehadrat Illahi sambil mata meliar mencari handphone,
mimi ada berita gembira mak !
Dan, alhamdulillah sekali lagi sebab sem 1 aku dapat Distinction :)
# Grading scale :
70% &above = Distinction
60-69% = Merit
40-59% = Pass
0-39% = Fail
Sebelum aku berundur, teringat kata ustaz di SMKP, sekolah lama sebelum ASiS dahulu ;
" Sebenarnya Allah dah tetapkan flow kehidupan kita. Kita cuma kena ikut sahaja, tak susah. Namun jangan lupa usaha, biarkan usaha itu dalam bentuk istiqamah. Berdoalah, sebagaimana Allah Maha Mendengar. Dan tawakal itu penting ! "
Kalau kita expect baik,
hari hari harapkan perkara baik,
berdoa untuk benda baik,
Allah tahu isi hati manusia itu.
And do you think Allah will turn it otherwise ?
No, as ;
P/s : mak aku beri sebuah buku. . . bagai mana nak mencapai Phd. Pelik ? Boleh dikatakan begitu, sedang aku masih lagi sentuh belum degree ! Apart from that awkwardness, perkara pertama yang dinyatakan dalam buku itu, adalah hubungan anda dengan ibu anda.
Saya sayang emak saya. Anda ? :)
Tahniah :)
ReplyDeletecongrats bro
ReplyDeletewalaupun i tak paham mcm mane kiraan markah subjek2 u
tapi i assume sume cemerlang lah
hehe
u blaja katmane eh?
luar negara eh?
:)
tahniah~
ReplyDelete=D
congrats :)
ReplyDeletejgn sesekali berputus asa :)
tahniah! semoga kita sama2 jadi penegak agama islam. doakan kami jugak dpt jadi doktor islam yg berjaye. XD
ReplyDeletesaya pon sayang mak saya.. :')
ReplyDeletecongrates d-sim.. (:
Tahniah:)
ReplyDeleteyeaaah. tahniah mimi a.k.a kinting. hahha :D
ReplyDeletethanks y'll !
ReplyDeleteJom berjaya sama-sama ? :)
amboi, distinction! mabruk mimi :)
ReplyDeleteapelah sgt distinction kalau nk dibandingkan 4flat :P
ReplyDeletethanks btw :)