Thursday, April 19, 2012

14 & 15 April lalu :)


السلام عليكم




Itu dia ! Evil stares khas dari budak montel bernama Ammarsmallkhalifa di Facebook ,hewhewhew. Tak sangka pula aku akan hangout sekali lagi dengan keluarga Pak Cik Roslan ( Pak Lang ) hujung minggu lepas. Let me guess, last keluar hanghout sama - sama dua tahun lepas ? ( Link cerita dua tahun lepas : Iftar ) Semua ada petang haritu, Pak Cik Roslan, Mak Cik Ummie, Ammar, Danial dan Sumayyah, jemput aku dari Nottingham ke IB. Yeap, Istana Budaya. Mak Long dah borong tiket banyak banyak untuk kitaorang semua berjemaah menyaksikan persembahan teater Upin & Ipin The Musical !  Yeahh !


Err. . . Upin & Ipin ? Mr. D-SIM. Bukankah anda sudah terlalu tua untuk menonton rancangan kanak - kanak ? Owh well, menurut pandangan Hanif Baharom, classmate 5 Bestarian aku dahulu,

katanya :

Rezeki jangan ditolak

Hahahaha, betul hape ?



Angah ! 



Along !


Okay, mulanya terkejut juga bila tahu teater yang bakal aku hadiri tu teater Upin & Ipin. Mana tidaknya, aku layan Upin & Ipin dulu pun sebab rancangan itu disiarkan beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa pada bulan Ramdhan. Mana lagi waktu itu kalau bukan di depan kotak tv ? ( Kotak tv jewww, mana mampu nak ada flat screen ) Daripada lihat drama Melayu yang mengarut ( aku 90% anti - drama tempatan ) atau tengok aurat "free" di kaca tv,  baik layan cerita budak - budak. Lagipun, nilai nilai murni dalam cerita Upin & Ipin lagi banyak jika dibandingkan drama Melayu. Hehs, sekurang - kurangnya pandangan mata terjaga -..- 

 


Su, Angah, Firdaus, Pak Cik Hairi ( Hairi rasanya )


Itu kira faktor utama aku. Next, hubungan kekeluargaan. Dalam otw balik kampung beraya entah beberapa tahun yang lalu, mak aku ada bercerita pasal kaitan keluarga mak aku dengan keluarga mereka. Jaraknya, dua pupu, dua kupu - kupu ? Entah, yang pasti. . JAUH. Kalau ikut peribahasa, bau - bau bacang ? Haha Lebih kurang laa. Jadi, kalau aku dengan keluarga mereka pula macam mana ? Dah tentu lagi jauuuuh. Kata mak,


" Pergilah melawat mereka jikalau ada kelapangan masa. 
Waktu senang kita ingat mereka, 
sebagaimana mereka ingat kita waktu kita susah. "


Betul. Aku setuju 101% nasihat mak aku tu. Dulu waktu hidup di bumi ASiS, mak long jugak laa yang aku cari kalau sakit, kalau bosan weekend kat ASiS, kalau. . . takde duit nak beli buku rujukan SPM ? :P Tapi serius, keluarga mereka banyak membantu keluarga aku. Kata mak aku lagi, anak beranak jenis rajin, rajin tolong orang, rajin tanya khabar orang. Even waktu ayah mereka ( aku gelar atok ), pun rajin melawat opah dan datuk aku. Kira meneruskan tradisi sampai laa ke cucu dia yang hensem ni,hehe Ada rezeki, cicit pulak B)



"Tidak masuk syurga pemutus silaturahim"
 (riwayat Al-Bukhari dan muslim)






Tak tahu pula along suka berposing :P


Bergambau selagi mana boleh, haha


Ini keluarga Firdaus. Pak Su & Maksu disitu :D


Pak Lang dan Mak Lang :D


Gaya pandangan seorang pemimpin. Tajam.


Gambar paling epic malam tu, haha Kena pula lighting dia


Sebelum masuk Panggung Sari.


Boleh saya lihat tiket encik ? 


Mulut bisu, sambil tangan menghulurkan 3 tiket, untuk aku, along dan angah. The rest, tiket mereka pegang. Suka sangat kowt budak - budak ni kat aku sampai kena duduk dekat - dekat,huhu. Takpelah, aku paling besar antara budak - budak tu, bagus juga kalau aku yang jaga. Boleh memupuk sifat kebapaan -..-

Seat row P. Kalau tak silap aku, itulah row aku, along dan angah.

 Encik boleh duduk. . eh, nanti sekejap.

Tengah sibuk melihat telatah Along yang dah tak sabar mencari tempat duduk, mata aku terus mendapatkan anak mata si brader-tukang-tanya. Ada masalah ke ? 

Encik, round-neck tidak dibenarkan di teater

Eh ?
  Kawasan tempat duduk sini strict sikit.
Hah, pakai selipar pula tu. . 
  
. . sambil jari telujuk mengarah pandanganku ke bawah, sandal cabuk berusia 3 tahun. Beli di KLCC dengan Hazim dan Zack. Tahan sampai ke hari ini, huhu Dalam otak aku dah mula pusing - pusing, dafuq ? Aku pakai sweater v - neck, bukannya round - neck. Aku sarung sandal, bukannya selipar. Mungkin, etika pemakaian aku sipi - sipi nak dapat saman dari brader polis fesyen teater ni, still he insist. TIDAK BOLEH. Hurgghhh, tension tahu ? Tambah pula bila aku petangnya dah banyak kali berkira - kira nak pakai apa untuk datang ke teater sini. Siap dah fikir nak pakai kasut sekali ! Fikir - fikir balik, eh. Ha'a laaa. Dulu pergi teater, berkolar, siap kasut kulit hitam lagi ( peraturan ASiS kalau keluar ikut program, itu pasal ikut protokol, haha. ) Adehhh, jelas aku yang bersalah di sini. Kalau taknak mengalah sekalipun, jawapannya aku takat dengar suara Upin & Ipin and the geng dari luar jela, huhuhu




Eh eh, bukan nak tendang korang keluar. Cuma nak cakap, kasut yang diberi untuk aku pakai tu sebijik macam kasut Bruce Lee ni pakai ! Huduhhh T.T Kena pakai pula jaket, besar, tertera nama Istana Budaya di bahagian dada kiri. Dah macam pekerja teater tu ! Segannnnnn T3T Tapi aku pakai sekejap jea, agak - agak dah lampu tempat duduk dimatikan, terus aku tanggal jaket tu. Geli aku nak pakai lama - lama -.-''



Poster Upin & Ipin The Musical

Teater ini bermula pada 14 April sehingga 6 Mei 2012. Ada dua slot persembahan dalams atu hari, 3.00 petang dan 8.30 petang. Dewan yang digunakan, Panggung Sari. Tiket aku 8.30 malam. Sampai sana dalam keadaan hujan renyai - renyai, tapi alhamdulillah sempat sampai dalam waktu Magrib. Jumpa PakSu, MakSu, Firdaus dan Mak Long sekali. Pak Long tak dapat ikut sama, ada kerja barangkali di UIA. Berbeza sedikit dengan teater yang pernah aku hadiri sebelum ini, dia ada sesi interaktif. Cuba mendekatkan para penonton dengan umphh teater ini. Sebagai contoh, ada part geng upin ipin semua dok main lari - lari dalam panggung sari, instead of on the stageBudak - budak apa lagi, kemain seronok nyewww -,-  Ada watak anatagonis pergi sergah para penonton dalam gelap. Mau budak tak jerit ? Tapi, kan lagi feel macam tu ? Tambah pula, ada nasihat khas dari KPJ ( penaja utama ) tentang cara memberus gigi, sesuai untuk audience kanak - kanak. Prop IB, aku kagum. Sumpah aku kagum. Tak hairanlah diluar IB tertulis :

 " Visi Istana Budaya adalah menjadi medan seni persembahan pentas yang terunggul 
di Malaysia dan bertaraf dunia. "



Sepatutnya tak boleh ambil gambar.
Tengok orang lain dah pakat keluar kamera, aku pun taknak mengalah haha.


Malas nak tulis banyak. Kalau ada adik kecil, atau anak buah, bawa lah mereka ke teater ini. Bukan kata nak menggalakkan, tapi ada masa kita bersantai dari sudut lain pula, bersantai dengan kanak - kanak. Rating aku beri 6 out of 10. Kalau tak, aku beri 8 bintang tapi disebabkan teater ini bukan minat orang bujang macam aku, aku tarik 2 bintang, hahaha :P



The awkward moment is when Angah, a child, next to you slept soundly during a child-theme theater, while I was fascinated by the performance shown. Owwwwhhh, that's awful !!! -.-'



Arigato gozaimasu Mak Long ! :D


Duduk dalam teater sejuk - sejuk, rasa lapar pula. Jom makan ! Kedai arab ni, Restauran Wadi Hadramawt Jalan Ampang, Kuala Lumpur :)



Restauran ni macam tersorok sedikit~

 

Mak Long :)

 

Ammar yang sedia lapar, haha

 

Pilih jangan tak pilih !

 

Su monyok lapar ?

 

Order kambing satu, ayam satu. 
Aku cari yang kambing, sunnah :)


Nak try arabic tea pulak~


My 1st try on arabic tea with mint :D


My side - dish~


Sedap :P


Owh, yea. Sebelum pergi IB lagi Angah dah beria - ria ajak aku teman dia beli kamera. Kamera ? DSLR ke ? Rupa - rupanya dia dah target lama kamera yang dia minat, Nikon Coolpix. Fuhh, lega sedikit dengar Nikon Coolpix. Lega sedikit dengar bukan DSLR. Iyelah, zaman aku dulu pun masa tingkatan 2 baru dapat kamera lepas bodek - bodek - bodek mak dan abah banyak kali. Itu pun kamera cikai,haha. Tapi syukur juga, kamera dulu, selain auto mode, ada fungsi shutter speed, aperture dan ISO untuk dimanipulasikan mengikut keadaan. Kira pre-DSLR laaa, hehe. Tapi untunglaa angah, baru darjah 3 dah ada kamera -,- Jadi, aku tumpang tidur semalaman di rumah Pak Lang yang terletak di Bandar Baru Bangi, Seksyen 7 dan seterusnya berangkat ke Alamanda, Putrajaya :)

 Nikon Centre Alamanda Putrajaya : 


Tengok tu ! Tengok tu ! 
Muka - suka - nak - dapat - kamera ! 
-,-


Miniature Village~


Pak Lang pun nak try jugak, hehe. 
Owh, tak tahu pula Pak Lang ada Nikon D50
Tapi gaya macam nak angkut baru D7000 jea. 
Kita tunggu, kita tunggu :P 


HDR Miniature Village~


Su, budak kecik yang paling susah nak ambil gambar candid dia -,-


Belajar berjalan yea, nanti dah hebat kita duel like a man B)

Makan jom ! Kenny Roger's Roaster, Alamanda, Putrajaya. Nando's haritu penuh pulak,huhu Aku ikut jea kalau orang belanja. Again, rezeki jangan ditolak XD







Akhir kata, terima kasih Mak Long, Pak Lang sekeluarga serta Pak Su sekeluarga. Thanks sebab sudi ajak Mimi jenjalan, huhu. Special thanks to those trio kids, y'll made my day with you're pure laugh and smile that money can't buy. Thanks thanks and thanks to Allah !

P/s : Lately, suka layan budak - budak. Ada makna ke ni ? O.o


4 comments:

  1. Haha, sama la.
    Ak pun x suka drama Melayu, filem Melayu lagilah tak minat...

    Wah! Best ke Upin Ipin tu??
    Mcm menarik je~

    ReplyDelete
  2. hOhO.. maknanya da x lame la tu kot...:P

    ReplyDelete
  3. I went to IB last year and I got the same feeling as you're ! Nak angkut je rasa family datang tengok. Props dia memang awesome xD

    Terima kasih untuk gambar Alamanda. Lepas jugak rindu aku sikit2 kat tempat tu.

    ReplyDelete
  4. @afnan : betul..cite melayu bosan..
    erm, boleh laa cite upin ipin ni

    @i.s : tak lame ape ? O.o

    @i.n : rindu alamanda ? kaki shopping ke hape ni ? haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...