Friday, April 20, 2012

Yang mana satu ? Berita gembira atau berita buruk ?

Salam.

Cuba selak dalam file ! 


Teriak Arif dari dalam bilik mandi. Heh, tak sabar aku nak tahu keputusan kuiz Calculus 2 aku. Teruk mungkin ? Markah tinggi ? Mimipi lah ! Dapat cukup - cukup makan pun dah kira syukur. Siapa tak kenal subjek killer seantero course yang aku ambil ini ? Calculus 1 yang dikatakan senang oleh para lecturer pun ramai yang gagal ! Inikan pula Calculus 2 yang lebih mendalam ? Haih, aku bertawakal sahaja kepadamu ya Allah.

Aku terjah file Arif yang berwarna biru, mencari satu per satu kertas yang dikatakannya. Haih mana ni ? Eh ? Siapa dapat full mark kuiz ni ? Gila kentang ! Timbul rasa ingin tahu yang mendalam, lalu tangan mengeluarkan kertas tersebut. Eh, nama aku !


 Yeah !!! First time markah penuh kuiz ! Sumpah aku terlompat - lompat dalam rumah macam orang gila. Hati riang jangan dikata, riak wajah menceritakan segalanya ! Siapa sangka subjek yang aku gila - gila takut boleh pula timbul harapan dengan markah sebegini rupa ?


Cuba check kertas lagi satu !


Teriak Arif lagi dari dalam bilik air. Gayanya sudah tahu markah aku. Owh, iyela. Dia yang bawakan kertas aku. Tangan ligat mencari lagi, cuma bezanya kali ini senyum masih terpalit di muka ! Weehooo ! Ligat mencari. . . eh ? Siapa pula dapat markah kosong ni ? Kesian gila weh. Kalau aku mesti dah. . . lah ! Nama aku kat kertas ni !




T.T Sedih tak terkata. Ini lah jadinya ya adik - adik bila terlupa hanya satu formula dalam kuiz / test / exam, huhuhu. Dari muka ceria terus bertukar kepada . . . .


Haih, rezeki aku. Dapat full mark, dapat out of mark. Cuma sekarang aku terfikir. . .

Assalamualaikum Mak ! 
Mak nak tahu berita paling gembira 
atau berita paling sedih ? 


Okay, aku tak rasa aku akan call mak langsung untuk cerita pasal kuiz ni :(


P/s : Test Calculus 2 pula memang capai apa yang aku target. Target >90 markah penuh untuk subjek Calculus 2 dah lari habis. Tapi alhamdulillah, boleh capai 80>90 markah lagi. Syukur syukur. Test EMB dan LWB ? Target full mark, tak tercapai juga. Tapi alhamdulillah markah tinggi. Boleh above 90 markah untuk markah keseluruhan setiap subjek itu. InsyaAllah, insyaAllah. Aku kena usaha sikit sahaja lagi, sikit jea lagi. Kuatkan aku ya Allah !

3 comments: