Monday, May 14, 2012

Petir. Menziarahi orang soleh. Right one.


Petir.

Surah Ar-Ruum ayat 24, Allah mengisytiharkan bahawa panahan petir yang Allah ciptakan itu ada DUA tujuan. Tujuan yang pertama, panahan petir itu merupakan amaran Allah kepada hamba – hambanya yang menjalani kehidupan di bumi Allah ini agar jangan keterlaluan apatah lagi melampaui batasan pada perkataan mahupun tindak tanduk. Dan yang kedua, Allah melihatkan bahawa panahan petir itu memberikan harapan kepada manusia yang sudah begitu penat letih lelah menjalani hidup di Bumi Allah ini, bahawa hujan akan turun, menandakan rezeki akan datang. Bertapa maha kasih sayangnya Allah S.W.T (  terhadap kita ).




Tanyalah Ustaz - Alam Bertasbih

Menziarahi orang soleh.

Anak - anak lebih mudah meniru jika mereka bergaul dengan tokoh - tokoh yang soleh. Oleh itu bawalah anak - anak berkunjung atau menginap di rumah keluarga yang soleh kerana pertemuan itu kelak akan memberi pelajaran bagi mereka seperti cara berinteraksi dengan sopan, meneladani kesolehan keluarga itu dan sebagainya. Ibn Abbas r.a pernah berpesan kepada anak - anaknya supaya suka berkunjung ke rumah kaum keluarga yang soleh.




Solusi Isu #41 - Anakku, Cintalah Rasulullah m/s 31


While waiting for the right one, 
that DOES NOT mean you can have fun with the wrong one/s.




Random quote.

3 comments:

  1. While waiting for the right one,
    that DOES NOT mean you can have fun with the wrong one/s.


    Makan dalam, thanks, simi.

    ReplyDelete
  2. tapi ade orang cakap petir bertujuan untuk menyambar syaitan.. konfius -_-

    ReplyDelete
  3. @apek : pesanan buat semua~

    @chacha : ini kan berdasarkan surah ar-ruum ayat 24. .

    ReplyDelete