Sunday, July 29, 2012

Hantu dan kamu. Kenapa aku kena rasuk pula ?



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Selalu kita dengar kisah histeria kan ? Cerita cerita seram budak pelajar sekolah dirasuk 'benda' di mana kebanyakan perempuan yang kena. Malah, si golongan tudung labuh gaya ustazah pun tidak terlepas sama. Katakan anda sedang berjalan ke kantin sekolah bersama si minah A. Berjalan seirangan beserta perut berkeroncong kelaparan. Out of blue, minah A berhenti, berdiri tegak gaya nak berkawat dengan mata memandang tajam hujung kaki anda.

" Oi minah, cepatlah ! 
Aku taknak terlepas mee goreng basah, nanti habis ! ", 

tegur anda sambil tepuk manja bahunya. Tiada reaksi, kaku diam seribu bahasa. Anda pula jadi kehairanan bawah terik panas matahari di kawasan lapang tapak perhimpunan. Tiba - tiba, dia mendongak perlahan dengan mata kemerahan, mendengus kemarahan dan berbisik - bisik suara kasar. Eh, suaranya jadi garau ! Tanpa diduga, dia menjerit bagai orang gila seorang diri ! Panik. Buntu. Orang ramai sudah mula kelihatan curiga, ada yang lari seribu langkah juga ketakutan sedangkan kaki anda seperti terpaku berhampirannya.

Apa yang anda buat untuk diri sendiri ?

Lari ? 

Tidak. Anda kawan setianya. Malah kawan kenalan sejak kecil, main guli dan zero-point pun sama sama. Sama sama main sakat budak mengaji waktu malam. Sama sama kepala hantu bikin satu kampung kecoh. Susah senang pernah dilalui bersama. Takat gila gila terjun 'kolam' lumpur di sawah padi perkara biasa. Takkan waktu keadaannya diluar kewarasannya, anda ingin meninggalkan dia begitu sahaja ? Sanggup melihat dia meracau dalam keadaan mengaibkan diri sendiri ? Believe me, even if her mind is barely conscious, she's begging for help by any means ! Jadi, apa yang anda akan buat untuk tolong dia ? Pegang dia, bagi tenangkan diri ? Sabarkan dia ? Mengucap ? Atau laungkan azan serta kalimah kalimah Al-Quran ?




Apa surah yang terlintas dalam kepala waktu itu ? Surah Lukman ? Surah Ar-Rahman ? Ahh, bantai jelah surah al-fatihah dan empat Qul !

Jom baca sekali bagi membantu si minah A ini :
1:1

1:2

1:3
1:4

1:5

1:6

1:7

Habis sahaja anda membaca surah Al-Fatihah, seraya orang sekeliling turut mengaminkan secara berjemaah. Eh, mana datang orang keliling ? Bukan tadi semua lari ? Nampaknya, semua orang turut meletakkan harapan tinggi kepada surah al-fatihah, anda pun turut berharap akan keberkesanan ayat tersebut. Nafas menghela perlahan, rasa sedikit bersyukur apabila mendapati rakan anda tidak lagi meracau. Kini, dia pula berdiam diri, orang lain pula bising di keliling. Baru sahaja ingin memulakan Surah Al-Ikhlas, minah A memandang tepat anak mata anda sambil melayangkan senyuman sinis mengerunkan tahap darah berderau laju. Ini kalau dia menjerit, mau terlompat bulu roma anda paling kurang !

" Hehehehehehe...
baca surah pun tak betul, ada hati nak buat pendinding. "

Gulp ! 

Hantu beriman jenis hapa ini ? Sedikit pun tak 'lut' ke dengan ayat aku baca tadi ? Lagi galak dia meracau adalah ni ! Eh eh ! Mana orang sekeliling aku tadi ? Semua dah lari menyorok diri ke ? 

Gulp gulp !

Aku ada buah fikiran yang ingin aku utarakan. Cuma aku akan sampaikan pandangan dari aku, bukan sebagai jin atau syaitan durjana. Kerana aku manusia, manusia adalah sebaik - baik ciptaan Allah. Alhamdulillah. Tidak diragui ada kes seperti di atas, bila dibaca ayat ayat suci Al-Quran, racaunya dia menjadi jadi. Malah, biarpun sesetengah ustaz / ustazah pun gagal mententeramkan mereka biarpun dengan pelbagai cara. Kenapa ini boleh berlaku ? Konsepnya mudah sahaja,


Tahap keberkesanan Al-Quran pada diri kita sendiri.


Al-Quran itu ibarat peneman, perlu senatiasa ada disisi. Ibarat buku, segala yang terkandung adalah ilmu. Ibarat syair indah, isinya terdiri daripada segala nasihat petunjuk dan pengajaran dari Sang Pencinta buat sekalian alam. Sedarkah anda bahawasanya Al-Quran itu mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W, yang kita boleh lihat sendiri dengan mata kita biarpun baginda sudah wafat ? Sedarkah anda, bahawasanya isinya semuanya datang dari Allah, turun dari langit oleh Jibril kepada Rasulullah sebelum disampaikan kepada umatnya ? Sedarkah anda, Al-Quran ini adalah rahmat dan nikmat buat kita ? Yea, naskah murah RM12 itu sebenarnya warisan baginda untuk kita tanda baginda cinta akan kita walaupun belum pernah bersemuka !



Terima kasih Saidina Uthman kerana mengumpulkan ayat - ayat Al-Quran ini !

Sebagaimana besarpun sesuatu perkara, petunjuk dari Ilahi, adakah hati kita menerimanya ? Adakah bacaan kita kosong tanpa tafsiran sahih ? Tahukah anda membaca al-Quran itu sunat, sedangkan mengamalkan segala isinya adalah WAJIB ? Jadi tahap keberkesanan al-Quran bukan terletak pada bacaannya semata - mata, yang diutamakan adalah eksplotasi Al-Quran bagi tujuan ibadah dan dakwah, buat diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Huraian ringkas keberkesanan al-Quran pada jiwa kita ada 3 ; hati mengakui kebenaran Al-Quran, mulut basah berzikir, dan tubuh badan beribadah kepada JalanNya. Mendidik hati lembut, hati perlu bersedia dan sedia terima kebenaran Al-Quran sebelum mahupun selepas membaca Al-Quran. Lidah pula digunakan sebaik mungkin bagi berzikir kepadanya selain digunakan bagi mengajak kebaikan dan menolak mentah keburukan kerana matlamat baik sekalipun, tidak menghalalkan cara. Dan paling zahir adalah tubuh badan yang digunakan sebagai medium jihad selaku umat Islam demi menegakkan kebenaran Islam. Dalam Al-Quran terkandung 5 rukun Islam, halam haram sesuatu perkara termasuklah makan dan minum serta perkara perkara batil yang tidak terlihat dengan mata kasar seorang manusia. Semua ini mustahil mudah diserap akal dan minda atas sebab terbatasnya daya pemikiran seorang manusia. Biarpun ada bukti saintifik, segala bukti sedikit demi sedikit menunjukkan apa yang tersirat dalam Al-Quran sedangkan Al-Quran itu wujud ribuan tahun lalu. Maka, jangan jadikan bukti saintifik menyokong kebenaran Al-Quran kerana bukti saintifik itu sendiri dari manusia, bersikap temporary. Risau iman kita goyang bila datang bukti lain membahas pula bukti saintifik sedia ada. Nauzubillah. Jadi, berbalik kepada hati. Bila hati beriman kepada Yang Satu, segala dakyah mudah ditepis hatta tibanya dakyah secara halus. Maka berjayalah,berbahagialah orang yang beriman kerana ;


“Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan 

(al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” 
(Surah al-Hijr, ayat 9) 

Namun, jika kebenaran Al-Quran dan Islam itu diterima separuh - separuh ataupun sebahagian sahaja, nescaya iman seseorang itu tidak lengkap. Tidak hairanlah bila persoalan dari orang bukan Islam selalu timbul meragui umat Islam itu sendiri seperti " Islam itu lengkap, kenapa muslim tidak ? ". Ada benarnya kenyataan itu bukan ? Maka tidak hairanlah bilamana segala kerosakan dimuka bumi ini berpunca dari manusia itu sendiri, dari seorang muslim mahupun bukan. Rasulullah SAW mencela orang membaca al-Quran, padahal mereka lalai un-tuk melaksanakan pengajarannya. Baginda pernah bersabda:


“ Tiada dikira beriman dengan al-Quran orang yang menghalalkan segala larangannya.” 


Jadi muhasabah diri, adakah aku melaksanakan amar makruf nahi mungkar ? Adakah aku pemuda Islam bertunjangkan panduan Sunnah sahih dan Al-Quran ? Adakah aku menolak nikmat besar Al-Quran ? Rasulullah SAW pernah bersabda: 

"Sesiapa yang membaca al-Quran, kemudian mendapati ada orang lain yang dikurniakan keutamaan selain dari apa yang Allah telah kurniakannya, maka sebenarnya ia telah memperkecilkan sesuatu yang dibesarkan oleh Allah SWT."

Rugi kita selaku umat Islam yang mengabaikan kitab suci Al-Quran kerana Ibnu Mas’ud pernah berkata: " Sekiranya anda inginkan ilmu pengetahuan, maka pelajarilah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu mengandungi ilmu para ahli terdahulu dan yang terkemudian." Amru Ibnul ‘As pula berkata: "Sesiapa membaca al-Quran, maka sebenarnya telah ada bersamanya darjat kenabian, hanya dia tiada diturunkan wahyu saja."


Jangan kita menyuruh amal soleh sedangkan kita berbuat maksiat. Awas kerana Allah turunkan peringatan khas buat manusia sedemikian dalam Surah As-Saf ayat 2 & 3. Mula koreksi diri dengan bersegera meninggalkan perkara buruk dan mula menegakkan hak dan batil. Islam kini ternanti nanti pemuda jihad yang betul betul memahami konsep kebenaran Al-Quran. Bila segala perkara sempurna, bukankah tahap keberkesanan itu tinggi ? Bagai kereta, tuang minyak RON97 sekalipun tidak mampu membantu menghidupkan enjin kereta. Kereta pula sampai bila takkan 'berjalan' bila keempat - empat tayar tiada. Lengkap hebat sekalipun kereta Ferrari, kereta itu tetap ada di showroom bila tiada pemandu membawanya. Lengkap hebat sekalipun agama Islam yang tertulis dalam Al-Quran, Islam itu hanya sekadar baik didengar bila tiada siapa yang mahu mengikutinya dengan cara sebenar-benarnya !


Segannya bila kita bersenang lenang mudah melupakan Al-Quran sedangkan pemuda ini sedang berjihad, 
masih ada masa demi Al-Quran !

Jadi manusia yang beriman, baru segala jin atau syaitan takut pada kita. " Aku dah gantung berbagai ayat Al-Quran dalam rumah, tetapi kenapa masih dimasuki hantu, dirasuk jin ? " Mana jalan terbaik ? Rumah yang penuh dengan hiasan ayat Al-Quran atau segala penghuni rumah mengamalkan segala isi kitab suci tersebut ? Heh, hiasan hanya hiasan. Pendinding sebenar adalah hati yang senantiasa disirami kebenaran Al-Quran. Jadi ambil masa, renung Al-Quran betul - betul sebelum kucup lembut kitab tersebut. Berdoalah, agar kita tergolong dalam golongan manusia yang menerima mukjizat ini secara bulat bulat, tanpa bantahan, tanpa sedikit cela, mahupun keraguan  dari hati kita. InsyaAllah.

P/s : Ada seorang ustaz dari rancangan Tanyalah Ustaz TV9 ada cerita pengalaman dia. Katanya, ada seorang pelajar di KL pernah dirasuk. Katanya, hantu tersebut tak takut orang sekelilingnya baca Al-Quran. Bila ustaz tu sebut nak panggil Ustaz Harun Din tolong bacakan Al-Quran, dia jadi takut minta tolong jangan dipanggil ! MashaAllah !

Bahan bacaan yang berkaitan :

http://ainulyaqin.blogspot.com/2011/07/bismillahirrahmanirrahim.html

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1795-benarkah-sebaik-baik-jin-adalah-sejahat-jahat-manusia.html

http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/853-4-syarat-hidupkan-hati-dengan-al-quran.html

4 comments:

  1. amboi naskah murah 12 ringgit? Mahal kot -.-' semalam aku tengok yang paling kecik dah 20 to 25 ringgit. hehe.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.

    Ya Allah..! Bagusnya penulisan awak!
    Naik goosebumps kut..!
    Jazaakallahu khairan!

    ReplyDelete
  3. ya Allah.
    hebatnya penulis,
    mampu menghasilkan entry sbegini rupa.
    sebuah entry yg mampu membuka mata dan hati manusia.
    tahniah ^^

    ReplyDelete
  4. TB : Memang yang kecik mahal..cuba beli yang standard, harganya boleh dapat RM 11.90

    Al : Waalaikumsalam, segala pujian hanya untuk Allah

    NJH : Segala pujian kembali kepada Allah :)

    ReplyDelete