Tuesday, August 28, 2012

Tahfiz Darul Furqan



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Aku suka Google - ing. Hobi aku. Cuma yang kurang seronoknya, details perihal Malaysia dan isinya kurang di alam maya. Jauh beza dengan States atau UK. Lihat sahaja Singapore, sudah tahu tinggi rendah bezanya kita dengan mereka. Kadang - kadang kecewa bila info sedikit, gambar jalan kurang jelas. Paling obvious, Google Map Malaysia masih di tahun 2003/2008. Ikutkan dalam peta, rumah aku belum siap lagi. Tak usah cakap rumah di Pahang dahulu, langsung tak wujud pada mata Google. Haih. Carian kali ini, tayar dan rim kereta kancil. Aku tak puas hati dengan harga tayar + rim + alignment + balancing di Ipoh. Mahal. Mula lah aku google sana sini. Ingat nak tukar di KL atau Selangor jea. Dan bila dah google, tak semena - mena belajar serba serbi pasal tayar, brand mana yang bagus, pendapat orang ramai, serta harga semasa tayar / rim mengikut standard saiz, negara keluaran dan jenama. Ini bagusnya bila mencari maklumat sendiri, objektif tercapai, siap dengan ilmu sipi - sipi lagi (Y) Kalau asyik ikut telunjuk orang yang sama, bila ilmu nak bercambah ? 

Aku jumpa satu kedai di Jalan Gombak. Jalan Gombak ? Langsung tidak terlintas dalam kepala kedudukan jalan ini di peta dunia. Macam pernah dengar. . taip Google Map. . 




Owh, dekat dengan Greenwood jea ! Lagi senang nak pergi kalau lalu MRR2. Ini hampir 'penghujung' dunia Selangor menghala Pahang nih. Lihat peta, eh. . 




Tahfiz Darul Furqan.




Dah berkurun aku tinggalkan tempat ini tapi rasanya baru semalam aku melambai - lambai bangunan buruk disitu dari dalam kereta. Terus terimbas kembali memori lama disini. Mula kenal apa itu solat tahajjud, tasbih disini, dari pagi sampai lewat malam aktiviti utama kami menghafal ayat - ayat al-Quran mengikut tahap kecerdasan otak masing - masing. Lambat hafal, lari daripada target, kena sebat. Fuh. Sini sedikit sebanyak aku belajar cara berdikari. Sosial, ekonomi, displin diri yang paling jelas. Bukan mudah rupanya hidup dengan kemudahan yang terhad. Hah ! Di sinilah aku mula mengenal teh'O panas, sehingga kini menjadi pilihan minuman utama aku. Nikmat makan dalam talam ? Tak terkata ! Ingat sedikit demi sedikit, satu satu muka ada 'nur' terjah dalam ingatan. Seronoknya. Kali terakhir rasa 'nikmat' sebegini, di Intec lepas. Hati berbunga - bunga habaq hang. Serius, kalau boleh senyum, aku tarik ear-to-ear nak tunjuk kat semua orang bertapa seronoknya aku berkenalan dengan mereka.

Tapi. . rasa sayu. Tiba sedih melanda diri. Aku. . . . . bukan produk terbaik dari darul furqan. Mamat tahfiz ? Mati hidup kembali pun tak termampu. Andai kata dapatku undur masa, aku percaya, aku mampu 'celik' lebih awal. 

I could be a better man than I am now.

*sigh


P/s : " Yang jauh itu masa lalu, kerana tiada kenderaan yang mampu membawa kita ke masa lalu " - Imam Ghazali

3 comments:

  1. tak ada nombor telefon ke???

    ReplyDelete
  2. @IS : nak pergi intec lagi boleh ?

    @anon : err, boleh cari dilaman web. Dahulu belajar sana pun sebab jumpa iklan di surat khabar.

    ReplyDelete