Tuesday, September 25, 2012

Reader's Digest & Notts


السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Membelek Reader's Digest edisi bulan September. Nampaknya, sudah tiada isi yang menarik untuk dibaca. Majalah dikatup, mata mula mencari ruang meletak semula majalah tersebut. Sedang mencari, eh. . Reader's Digest bulan Oktober sudah ada ? Lihat jam, ah, curilah masa dua tiga minit. Macam biasa, beberapa muka surat pertama aku abaikan. Tiada masa nak baca mukadimah dari ketua editor, apatah lagi nak perhati iklan yang senantiasa mencuri perhatian. Sampai satu muka surat, artikel pertama. Aku tertarik dengan gambar kambing. Ehem, lama tak merasa kambing panggang nih.




The Great Goat Adventure. Mula baca tajuk, huh ? Apa maksud sebenar nih ? Rupanya ini kisah seorang pemuda arab menceritakan kisah kambing yang bakal dijadikan korban untuk Aidiladha. Dia menerangkan adat kehidupan kanak - kanak yang meraikan perkara ini. . dalam cara mereka tersendiri. It's funny as I continue the reading but the interesting part is at the end. He put a short conclusion of a similar case that he face to the history of Prophet Abraham and Prophet Isaac, which is related back to the main component of Eid-ul-adha, love and sacrifice. Terus teringat isi bacaan aku perihal kisah hidup Nabi Ibrahim yang hebat menjadikannya rasul pertama pilihan Allah. Tapi sayang, aku hanya sempat baca kisah hidup Nabi Ibrahim sahaja, pasal Nabi Ismail belum sentuh lagi. Kalau ada pun, sekadar keajaiban Nabi Ismail bersama ibunya Siti Hajar dengan peristiwa penyembelihan yang akhirnya kekal sehingga kini sebagai perayaan Hari Raya Aidiladha. Cuma awesomenya kali ini, artikel pertama RD adalah perayaan kita umat Islam ! Eh, kalau dah keluar dalam majalah, perayaan dah dekatlah yea ? Eh, korban tahun ini ambil bahagian tak ?


Coretan hidup : Alhamdulillah mula sambung belajar di Notts. Jadual Electrical & Electronic Engineering tak padat. Setiap hari, kelas hanya bermula 11 pagi. Ada hari, cuma 11 pagi sehingga 2 petang sahaja. Tapi, aku sibuk. Err. . erti kata lain, menyibukkan diri. Kena usaha keras kutip ilmu, jadi lebih serius dalam pelajaran. Sebab hampir semua lecturer tekankan MEng. Kira dalam kepala otak aku sekarang dok fikir MEng MEng MEng MEng. Lagipun Meng cuma 4 tahun jea, rugi lah aku kalau ambil BEng. Siapa taknak Master kalau cuma tambah satu tahun jea ? Daftar pun memang bawah Master sekarang ini. Yang pasti, perjalanan aku masih jauh. Jauh sangat sangat. MEng satu jurusan sahaja tak cukup, masih terkapai - kapai untuk mencari peluang memiliki Master dalam akaun, ekonomi, pengurusan, selain further Phd dalam E&E. Mungkin ini semua keterlaluan, mengambil beberapa bidang berlainan dengan hanya satu otak manusia biasa ini. Harus difikir pula, berapa tahun perlu aku korbankan ? Tapi aku dah fikir masak - masak siap mak aku pun tahu apa rancangan hidup dalam masa 10 tahun aku. Cuma sekarang ini. .  Rabbi yassir wala tu'assir. Aku kena berusaha, seiring dengan doa. Kejar dunia bagai hidup 1000 tahun, kejar akhirat sama bagai hidup cuma tinggal 1 saat.

Bismillah.
Semoga perjalanan aku dan rakan - rakanku di mana - mana menara gading memperoleh keberkatanNya.
Semoga kita semua memperoleh kejayaan, dunia dan akhirat.

Amin.

5 comments:

  1. huu kelas start pukul 11. untungnya lah.

    ReplyDelete
  2. oohh.. amek E&E ke.. aku FE (fizik elektronik) je.. E lg 1 xdak.. haha.. btw, All the best engineer to be! :)

    ReplyDelete
  3. Untung la kelas pukul 11 tiap2 hari. aku tiap2 hari pukul 9. lab melambak. nyesal tukar course

    ReplyDelete
  4. c.chopu : Be jealousssss. Eh

    .Mye : FE ini menjerumus kepada Engineer jugak ke ? Kalau kes sama, all the best to you to !

    Anon : Ehem, aku dah pesan Jai. Kau degil, muehehe

    ReplyDelete
  5. adoi~ kantoi ke aku? haha!
    takpe dsim. tengok je la siapa yang putus fius dulu. aku rasa bdak e&e.

    ReplyDelete