Sunday, October 21, 2012

BBQ di Rumah Auzai


السلام عليكم و رحمة الله و بركات


Kemana kami serumah keluar Sabtu ( 13/10 ) lepas ?






BBQ di Rumah Auzai ! Alhamdulillah, berkesempatan jua kami sekeluarga meluangkan masa bersama. Kalau hari hari Sabtu yang lain sekadar berjalan dengan satu rumah, kali ini, satu UNMC's Malay Students Batch 2011 ! Fuhh, sebut pun panjang tu. Tipulah semua pergi, adalah dalam 5-10 tak dapat hadir. Ok, rumah Auzai terletak di Taman Angkasa Indah Kajang, kawasan orang kaya bak kata Haziq, haha Tak jauh pun dari Nottingham, Auzai pun tiap - tiap hari ulang alik Kajang - Notts bila ada kelas. Malam tersebut aku tiba lewat, berikutan ambil Aim di KTM Kajang terlebih dahulu. Untung aku tahu selok - belok ke rumah Auzai walau sekali pergi, senang lalu jalan belakang HBKj bila lagi dekat daripada patah balik lalu lebuhraya SKVE hewhew. Owh, menariknya rumah Auzai, walaupun rumah teres, tapi kawasan hadapan rumahnya ada kawasan berumput, sangat sangat sangat sesuai dibuat port BBQ, haha Hah, oleh sebab pada malam tersebut kerja aku sibuk dengan membakar ayam dan udang dan kamera pula hilang entah kemana, jadi di sini aku sekadar muat naik gambar - gambar yang dirakam oleh entah-siapa-entah.


Shall we ?


Najib si baju merah dan Ammar. Aku pioneer api belah kiri tu !


Najib macam mengarah orang jea ? Haha Pak Ajib Pak Ajib


Ammar bermain dengan api. 
Owh, yang kipas susah nak mati hidupkan bara api sini si Harith, huhu


Haaaa. . . Epicnya event kali ini, kawasan tempat bakar BBQ itu dipasang dengan pelita !
Fuh,  high class cakap kau. . 


Red hot chic..ken.
Satu bekas besar ayam mentah boleh habis dengan kadar segera itu malam.
All thanks to perut - perut jejaka, lagi lagi Mino :pppp


Sate Kajang pun ada ! Tapi ini sate ditempat di Kajang, bukan sate Kajang Hj.Samuri tu, hehe


Antara muka duduk relax menanti makanan sampai sambil bergosip sakan, hahaha


Nampak tak ? Nampak tak ? Undang bakar tu ! Boooosar cakap kau !
Fresh satu bekas kitorang masak. Adalah dalam 4-5 dulang udang malam itu.
Tapi macam biasa, mesti tapis dahulu. Kalau dalam dulang ada 12 ekor udang,
5 ekor jea sampai kat 'orang dapur' haha And damn serious udang tu manis.


Nurullah ! Adik paling kecil Auzai ini comel ! Umur baru 6 tahun, kata Adli, adik Auzai yang baru form 1. Nurullah rajin tolong masakkan sama, jadi agak segan bila kitaorang biar seketika nak bersembang sedang Nurullah dok main depan tempat bakar ayam tu. Ish, kesian. Arjim, Narizul, Harith Kelantan dan aku lah 'teman' dia. Oh yea, Nurullah ni kaki game kat FB ! :p


Bila tukang Chef teratak AhlulRidhuan turun padang, huhu


Aim, Saiful, Harith dan Farouk. Belakang bercahaya tu rumah Auzai.


Buddy dan Zainol.
Alolololo, sweetnya makan satu bekas sama :P


Al-Harith dan Harith 


Iddin, Rashid gedik, Izat dan Aizat. Ish, susah betul bila ramai orang pakai nama common.
 Susah nak padankan nama siapa -.-


Ding Ganu ! Amboi senyum dia, gaya suka dapat udang bakar jea ? Haha
Aku pun rindu makan fresh, lagi - lagi seafood. Bila lah dapat berjalan PD atau Banting nih ?


Aim and gosip guys, eh.


Itu diaaa. . . terliur tengok nih, slurrpppp..


Aku sampai - sampai pekena sate dan nasi dulu, baru lah berBBQ,hehe Seharian tak makan berat kowt, boleh pulak terlupa -.-'  Sayangnya aku tiada payung flash, tripod takde. Kalau tak dah ambil gambar satu batch, haih. Akhir kata, thanks kat mak pak Auzai sebab sudi menganjurkan BBQ nih, to Auzai, Adli dan Nurullah juga.

Lain kali buat lagi yea ? :D


P/s : Balik tu aku ke rumah Haziq sekejap, dekat rupanya jarak antara rumah mereka berdua. Bila lalu SKVE, ternampak pula kereta Amal, tapi Din bawak. Habis. . sampai ke Notts race nye -.-''

Dan . . dengan berbekas bau arang. .  .


. .  geng - geng DotA datang menyerang rumah AhlulRidhuan, memang 'qiam' sampai ke subuh gitu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...