Saturday, October 13, 2012

Dinner at The Curve, Mutiara Damansara.



السلام عليكم و رحمة الله و بركات




Alhamdulillah, tiba jua hujung minggu, hari Sabtu dan Ahad. Kalau Isnin – Jumaat ada kelas, tumpuan aku lebih kepada belajar, manakala lagi 2 hari ini aku lebih suka berjalan menenangkan minda, rehat daripada segala buku akademik. Nasib baru minggu pertama/dua, assignment belum ada, tutorial pula tidak membebankan. Aku setkan, kalau boleh, setiap hari minggu aku akan bawa satu isi rumah ini berjalan merata tempat. Kan jauh perjalanan luas pandangan. Dan, cara ini aku pilih buat pengerat hubungan sesama ahli rumah ini. Kalau minggu lepas aku bawa mereka berjalan sekitar Bangi serta Kajang, kena pula mak aku turun KL dan belanja kami makan di Restauran Sate Kajang Hj. Samuri ( maaf, tiada update pasal ini. Lupa bawa DSLR ), kali ini kami ke The Curve, Mutiara Damansara !

Mulanya begini, aku dari hari Khamis dan mengidam – ngidam makan sedap – sedap kat sana sambil cari kedai jam buat baik tali jam aku dan membeli sedikit barang di IKEA. Cewah. Seumur hidup aku, baru sekali pergi ke sana. Itu pun, ikut rombongan sekolah mak aku tahun lepas. Minat aku berjalan/mengembara dan makan. Jadi, The Street ini seolah kena pada minat aku. Kebetulan pula, pagi Sabtu itu aku didatangi oleh seorang roommate baharu, Shahrizal. Kawan Mino dan Jiehan, bekas pelajar MRSM Kuala Kubu Baharu ( KKB ). Katanya, tawaran asasi di UM ( PASUM ) tidak menarik minat dia. So he drop out the school and start over again, here in Nottingham. Itu jelah yang aku tahu pasal dia, itu pun mak dia yang ceritakan. Yeap, mak dia. Satu keluarga dia datang melawat rumah ini. Biasalah bila ibu bapa ambil berat pasal anak dia, hal Uni dan rumah penginapan pun mesti diselidikinya. Jadi mereka datang, survey rumah tak seberapa ini, dan tak lepas juga, mengenal siapa penduduk teratak No.7 ini. Cerita punya cerita, dealt. Ada tanda – tanda mereka berkenankan rumah ini. Sibuk mengatur waktu penghantaran perabot si kawan baru kami ini, mak dia bertanya pasal waktu kosong hujung minggu ini. Aku cuma beritahu,  nak bawa kawan – kawan lain berjalan ke The Curve lewat petang Sabtu tersebut ( 29 Sept ). Tak sangka pula mereka menetap di Bandar Sri Damansara. Katanya, The Curve dan rumahnya Cuma 20 minit jarak perjalanan. Dah niat mahu berjalan di sana, mak dia jemput datang dinner terus kat sana. Wah, alang – alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kecil tapak tangan, satu padang bola Nottingham kami satu rumah tadahkan. Eh.



Teratak No.7 cuma kelihatan 5%. Tu nampak pokok Santalia ?
 Hah, itu pokok sebelah kiri dan yang kanan ( tiada dalam gambar, huhu ) pun ada sekali. 
Bila berbunga, memang wangi baunya. Teringat rumah di Ipoh nun, 
bab - bab siram pokok kat rumah termasuklah pokok Santalia, aku yang siram. 
Sekarang apa cerita eh ? :|


Ais krim potong. Anyone ?


Arip, Kotak, Aim dan Wan. Kali ini kami berlima sahaja. Lagi seorang si Harith ada kem di Hulu Selangor. Mula perjalanan dengan Bismillah, kami bertolak dalam pukul 6.30 petang. Ingat nak ambil jalan Kajang – Uniten – Damansara lalu LDP. Tetapi Shahrizal sarankan, jalan Kajang – Cheras – Dataran Merdeka – Jalan Duta shoot terus ke The Curve lalu Penchala Link. Ragui juga, mana tahu sangat jalan ke area Damansara. Aku sekarang pun masih belajar jalan area Shah Alam, kawasan Puchong serta Damansara sekali. Kalau setakat ke Dataran Merdeka tiada masalah, cuma jalan keluar dari Jalan Duta nak ke sana itu masalahnya. Kena pula aku lupa nak Google. Dayumm. Ronggeng jelah. Lagipun aku tahu, kalau Bangsar, Puchong, TTDI atau segala Bukit,Bandar,Seri Damansara sekalipun, memang dah dekat dekat area sana dah. And guess what ? We spent hours ‘touring’ Bangsar tup tup lepas Mid Valley T.T Main concern aku, waktu solat magrib kami semua. Selaku driver, tanggungjawab aku lebih besar. Aku kena bawa isi kereta ini dekat kepadaNya. Pusing – pusing, jumpa sebuah masjid bersebelahan Plaza Damansara di Bukit Damansara. Macam mana boleh sampai ke sebelah sini pun aku tak tahu.  Beza waktu Magrib dengan Isya' tidak jauh mana, solat malam kami di sini sahaja.




Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Seni bina masjid ini ikut trend pembangunan Malaysia 80an atau awal 90an, tetapi terurus dan cantik. Kondusif, walaupun ruang utamanya tidak besar mana. Paling seronok, imam muda beb ! (Y) Bacaan sedap, handsome pulak tu. Jealous I ~ Tempat bahagian wudhuk, ada letak hand soap ! Woot woot ! Sampai disini, rasa beban dibahu gugur satu demi satu. Kenapa eh ? Tenang kowt bila kaki melangkah masuk kawasan masjid walau awalnya tergesa - gesa mengejar waktu Magrib yang berbaki. Lega selesai solat, dapatkan kereta, check telefon Celcom. Ada banyak mesej dan panggilan tak berangkat, siapa lagi kalau bukan 'tuan rumah' si Shahrizal tu. Segannya aku. Janji dalam sejam sampai. Tengok jam, dah nak merangkak 3 jam dah ! Segan aku segan. Silap besar aku tak Google. Kalau berjalan sendiri tak mengapa, aku lebih suka 'sesat' agar dapat melihat jalan itu ini menghubungkan jalan sana sini. Tapi kalau dah berjanji dengan orang lain ? Dah dia kena menunggu. Aduh, rasa bersalah betul bila violate prinsip yang aku sendiri benci terjadi pada diri. Tanpa menghidupkan enjin, aku bersandar melepas lelah, tarik nafas dalam - dalam. Cuba mencari ilham. Sedang istighfar, aku ternampak Kotak bermain GPS pada smartphone nya. GPS. .  GPS ? Lah, si Kotak ni tak beritahu pun ada GPS ! Ada dua feeling menyerang aku serentak. Satu rasa syukur, syukur sangat sangat bila jumpa cara penyelesaian paling terbaik. Betullah, lepas solat, segala perkara dipermudahkan. Dalam azan sendiri dikumandangkan " Marilah Solat, Marilah Menuju Kejayaan ". Kejayaan itu mengunjung tiba selepas menjaga baik solat. Bukan begitu ? Yang kedua, rasa nak ketuk kepala Kotak, kau sanggup biar aku rungsing cari jalan 2-3jam tanpa beritahu aku yang kau ada GPS ? -,- Aku tahu handphone aku cikai, jenis edisi 8 tahun lepas tiada ciri - ciri pemetaan, tapi tegurlah aku bila ada jalan penyelesaian yang baik. Haih, nasib lah Kotak ini chef besar di rumah, pangkat aku cuma asst.chef, kalau tak aku tinggal jea dia kat masjid tu --, 


To The Curve We Go ! 


Wah ! Tak sangka malam hujung minggu sini meriah ! Kereta berderet - deret parking dibahu jalan, jalan dua lorong pun jadi satu lorong. Aku perasan suatu perkara, tanda " Clamping  zone " berada hampir di setiap jalan ! Lawaknya, bila portable signboard tu diselangi dengan deretan kereta haha. Aku pun parking bahagian luar. It's weekend dude, malam pulak tu. Takkan nak clamping jugak ? Lagipun, beratus parkir luar nih, larat pula pak guard buat kerja lebih hujung minggu begini, hehe Selamat parking, kami dengan jakunya bergambar secara berjemaah di suatu kawasan rumput haha ! Maaf, malu nak upload gambar. Aku taklah jakun mana, dalam hati cuma lega bila selamat sampai ! Tambah seronok, bila datang dengan kawan, kawan yang belum pernah jejak kaki di kawasan sini. Letih menjawab satu per satu pertanyaan mereka sejak masuk kawasan KL lagi , tahu ? 





Hari itu, Reject Shop ada buat promosi. Dan ada lagi satu jenama ( tak ingat dah ) pun ada promosi sama, jual baju serendah RM 7. Aim, Wan dan Arip dah rambang mata dengan segala helah " 70% " atau " Promosi Bulan Ini ! " Lantak engkau oranglah labu. Ada duit, beli. Belum tentu lain waktu aku boleh bawa korang ke sini. Aku pun sebenarnya mata meliar mencari outlet B.U.M, mahu tukar tali jam, tapi lihatkan masa pula, ehem, 3 jam lewat nih. 

Jom ?

Jom berjalan ke kawasan The Street pula !





Haaaa ! Makan = The Street. Kalau mak aku termimpi - mimpikan IKEA, aku pula mimpikan The Street. Ada baaaaanyak restauran di sini ! Waktu melawat lepas, aku tertarik untuk lunch di O'Briens. Cafe sandwich Irish punya, dengan pelbagai pilihan fillings. Yumm yumm. Suka aku kepada roti melebihi nasi. Hah, kalau nak tahu, senior aku, Nazz, pandai meneka aku suka makan roti berbanding nasi dan senior seorang lagi, Afiq Muha, pandai meneka aku suka sandwich dari O'Briens. Aku rasa mereka berdua ada special ability lah. Kawasan ini dibuat ala ala uptown, downtown or whatever town it is. Kalau di Ipoh, dah gaya macam kat Gerbang Malam, Lokin pun jadi. Cuma di sini hanya berskala kecil, sebaris kedai sahaja. Menarik. Pelbagai perhiasan dijual, tidak kurang juga baju - baju, dan housing handphone. Masa mencari premise yang dijanjikan, aku terjumpa sesuatu yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat menarik perhatian aku. Sebentuk cincin. Merata aku cari, kat sini aku jumpa. It's just a plain ring, tiada bentuk istimewa, tiada sebarang ukiran. Bak kata Najwa Latif - kosong. Tetapi mencari cincin kosong inilah yang susah. Dulu ada cincin, hilang waktu membonceng FZ Auzai bawa. Tercari - cari, dan jumpa kat sini. Mata aku dah bulat, tanya harga, RM 55. Mak ai, saiz 8 RM 55 ? Aku beli saiz 10 RM 17.50 jea kat Ipoh ! Perlahan - lahan aku letak semula, berat rasanya bila satu dunia dicari, terpaksa dilepaskan jua. Baru mahu menganjak, taukeh kedai menahan aku. 

" Brapa mau  ?

" RM 30

30 cukuplah, itu kira harga dua kali ganda tu ! 

" Oklah oklah. Mau tutup kedai. "

Sambung isteri dia yang tiba tiba menjelma dari sebalik tirai. . . . .

" Ini jual tarak untung maa. Nasib mau tutup kedai " 

Eleh, bajet nak raih simpati aku. Mana peniaga mahu jual barang yang tak untung ? Mesti ada tu, at least RM 10.  Lagipun, cincin bukannya makanan atau frozen food. Benda boleh disimpan sampai mati. Macam aku tak tahu selok belok berniaga benda - benda macam ini -_-  Kembali mencari premise, lalu kawasan Western Courtyard, scan satu per satu restaurant. . Hah !jumpa jugak T.G.I Friday !




Mr & Mrs S. Aku dah lupa nama pakcik dan makcik ini, yang ingat bermula dengan huruf S hehe Kekok bila baru berjumpa pagi tadi, terus ada bersama di meja makan malam. Tapi dah orang belanja, ehem, apa pun jadi. Lagi - lagi orang bujang malas masak. Komen pasal TGIF The Curve, ramai pekerja dari luar negara. Cuma beberapa kerat sahaja pekerja Melayu Cina mahupun India. Pertama kali menapak masuk premise TGIF, decor kedainya menarik, pencahayaan ala romantik serta susunan gelas teratur di bar. Sampai sahaja menu pilihan, pakcik mula bercerita macam - macam pasal makanan. Makcik pun sama. Untunglah aku ada bersama foodlovers kat sini, memang pasang telinga sahaja. Dah macam mendengar salah satu rancangan TLC,hewhew. Ada part aku tak faham, aku part aku tahu sedikit sedikit nama term yang selalu kaitkan dengan makanan. Kata mereka, Chili's is much better than TGIF. Chili's mengekalkan konsep States biarpun di Malaysia, manakala TGIF ini berubah sedikit, cuba mengesuaikan tempat di Asia ini. Hmm, Chili's masih dalam list. Ada masa, insyaAllah aku jejak kaki ke Chili's pula. Ok, ayah Shahrizal suruh pilih menu masing - masing. Jadi aku pilih,




Well done Tennessee Steak.  Makcik rekemenkan medium to well done, supaya rasa juicy tu banyak sedikit tapi, bukan pada malam tersebut, hehe Aku pilih menu ini sebab teringat satu rancangan dalam TLC, kaitan bermacam jenis steak. Katanya sedap ? And indeed, this is the finest steak I've ever tasted. It's worth trying though. Ada menu yang macam best, Braised Short Ribs. Azam cakap, kalau ribs, better dekat Tony Roma's. We'll see




Ingat nak buat food coverage, tapi seganlah. Ambil gambar ini pun cepat - cepat. Sogaaannnn. Nasib Aim dan Wan ada berdekatan. Ambil gambar menu mereka jea lah. Wan dengan Chicken & Shrimp Diablo, Aim dengan Championship BBQ Chicken. Pasta benda biasa, menu Aim itu lain daripada yang lain. Pakcik yang rekemenkan tu. Ada macam - macam jenis sayur, ada sayur seakan lobak, tetapi versi kecil, rasanya empuk yang amat ! Cendawan dia macam nak taknak jea telan at the bad appearance. Bila telan, rasa manis manis sedikit. Sedap weh. Kotak dan Arip kongsi menu yang sama, Combo Fajita. Haa, Fajita ini style dari Mexico. Lebih kurang popia basah jea, segala isi diletakkan atas flour tortilla. Kalau popia basah kecil dan perlu digulungkan, fajita ini besar dan tak perlu gulung pun. Macam lipat sedikit kasi lapik isi buat tahan agar tak jatuh jea. Aku ingat tortilla ini tacos, kata pakcik, bezanya cuma satu, tacos ini keras so. . macam popia goreng. Jadi kalau makan tacos, nanti bersepah serpihan tacos atas riba. Shahrizal pula minta Friday's Cheeseburger. Dalam hidup aku, ini pertama kali dimana gimik iklan burger itu sebenar - benarnya kenyataan :O Yang lain, nachos, brownies, cheese cake, grilled salmon, salad, ice cream. . itu jelah yang aku ingat. Owh yea, tak tahu pulak brownies ini sedap dimakan panas ? Air minuman ; bottomless Ice Lemon Tea. Weeeeeeeeee, fav aku !

Bila fikir, aku rasa inilah pertama kali aku makan malam dengan rakan Notts sampai lewat malam. Dinner pertama kali jugak dengan family orang sampai lewat malam. Jujurnya, aku dan rakan - rakan suka bila masuk babak pakcik bercerita. Kenapa ? Pakcik tersebut merupakan seorang jurutera, orang yang telah lama berpengalaman dalam bidang mekanikal pada beberapa buah syarikat gas dan minyak. Salah satunya, Petronas dan sekarang ini sedang bekerja dengan SBM Offshore cawangan Malaysia. Katanya, beliau sedang mengendalikan sebuah projek di Australia. Tugasnya ? Bayangkan pelantar minyak yang jauh berada di tengah lautan. Kita sedia tahu pelantar tersebut dibina statik bukan ? Okay, sekarang ini cuba bayangkan sebuah kapal supertanker. Kapal tersebut kalau nak tahu, jika didirikan, 3 Menara Eiffel diperlukan untuk menandingi ketinggian kapal tersebut. Tinggi bukan ? Besarnya tak usah cakap. Jadi, tugasnya disana, 'mendirikan' pelantar minyak di atas kapal. Haa, tak terbayangkan ? Aku rasa awesome bilamana teknologi yang diterajui syarikatnya sangat hebat sehingga sesuatu pelantar yang statik kepada sebuah pelantar mudah alih yang boleh dipandu ! Statik atau mudah alih, dua dua ada risikonya. Termasuklah tugasnya dalam mengatasi atau mengurangkan risiko yang boleh terjadi kepada kapal pelantar tersebut seperti taufan. Masing - masing ternganga bila beliau menceritakan pengalaman sewaktu bekerja di luar negara. Salah satunya di Afrika. Beliau pernah bekerja from zero to hero di Sudan dahulu. Tempat beliau bekerja itu tempat pergolakan waktu itu. Pernah suatu ketika, ada berlaku peperangan antara sempadan, dan bila tiba saat begitu, Petronas akan menghantar helikopter khas dari negara Eropah untuk mengambil mereka ! Owh owh, kem tempat dia bekerja dahulu pernah jadi sasaran mortar sehinggakan ada satu hari, 13 mortar meletup dalam kawasan mereka ! Nasib tiada siapa mati ! :O Aku kalau boleh, nak suruh pakcik tu bercerita sampai ke subuh terus, boleh berjemaah sama huhu Seronok dengar cerita perjalanan seorang jurutera dari mula belajar sehinggalah ke alam pekerjaan. Jarang sekali aku dapat peluang sebegini. Kalau ada cerita pun dari doktor. Balik - balik doktor. Seronok juga mendengar, tetapi, jurusan aku kan jurutera. Aku mahu melihat sendiri pengalaman seorang jurutera agar aku mampu melihat potensi diri dalam melakar masa hadapan aku. Kagumnya aku bila dia seringkali tegaskan tujuannya bercerita kisah hidupnya kepada kami, iaitu, mahu sedarkan kami semua agar tidak tersilap langkah bila mula bebas mencari pekerjaan suatu masa nanti. Ralatnya, satu, beliau jurutera dari bidang mekanikal, bukan elektrical dan elektronik. Sekali sahaja peluang aku bersembang dengan seorang pakcik dari jurusan E&E, tetapi masa tak menyebelahi aku masa itu. Haih. Apa yang dapat aku perhatikan, oil&gas menawarkan kerja yang memuaskan, pengalaman yang luas serta gaji yang lumanya. Persamaan dengan pakcik ini dengan pakcik E&E yang pernah aku jumpa dahulu, dua - dua dari oil&gas. Kalau pakcik ini kerja syarikat dari luar negara, pakcik E&E kerja di luar negara, Abu Dhabi. Nak tahu pesan pakcik ini kepada aku ?

" Kamu kalau nak berjaya, nak kembangkan potensi E&E kamu, 
jangan kerja dengan syarikat elektronik. Join oil&gas ! "

Terharu aku dengan ayat tu ! 
Dan lagi satu ayat yang membuatkan aku tersentap :

" Ramai orang fikir jadi businessman boleh jadi jutawan. Apa ingat engineer tak boleh jadi jutawan ? Kalau businessman ada barang untuk dijual, engineer ada 'otak' untuk jadi jutawan. By 40, kita dah boleh jadi millionaire, cuma dengan menggunakan otak. Dan aset seorang pekerja ada 3 : pengalaman, kemahiran dan ekonomi. Bila engkau orang dah dilepaskan kontrak dengan Petronas atau company lain sekalipun, dengan 3 perkara ini mudah - mudah jea korang jadikan throw card. Semua orang cari kau nanti. Yang penting, usaha keras dari sekarang, supaya nanti dapat gunakan ilmu sepenuhnya sewaktu kerja."


Kalau Kak Hanisah dan Kak Bashariah pernah membuka mata aku perihal pentinganya kejayaan PMR & SPM demi biasiswa, pakcik ini membuka mata aku untuk terus meningkatkan momentum untuk belajar agar menjadi seorang jurutera pemikiran kritis seperti dirinya. InsyaAllah ! Terima kasih pakcik kerana membantu kami merapatkan silaratulrahim sesama kami ahli rumah selain mengambil kesempatan kali ini untuk menyuntik semangat dalam diri bakal jurutera ini. Kami semua amat menghargai segala masa dan tenaga yang dihabiskan bersama. Terima kasih ! Habis membara - bara semangat kami untuk belajar MEng !!! (•̀•́)ง  
Dan. . 



Terima kasih kawan serumah, you made my day too dengan otak gila - gila korang ! HAHA :') Tiada dalam gambar : Syazwan - dia pergi jalan mana entah, Harith - ada camping dengan ISMA, Shahrizal - of course balik dengan family dia dan yang terhormat si hensem D-SIM ( eh ) - tukang hambik gambo.



P/s :  




Bulan penuh di IKEA. EpicOh yea, waktu bersembang, mak Shahrizal ada menyelit sedikit. Dia cuba menarik perhatian suaminya untuk mengimbau kembali zaman mereka sewaktu belajar di States. Mereka berkawan di sana ke ? Atau, kahwin di sana ? Macam ibu bapa Rashid, kahwin waktu belajar di States. Pada umur 19 tahun pulak tu. Eh, asal aku rasa jealous nih ? Owh yea, ada suatu kejadian yang membuatkan aku terdiam. Kunci kereta hilang. Berjalan ke kereta sedang perut keyang, mulut berbaki dengan senyuman campur sisa sos Heinz dihujung mulut, baru aku perasan kunci kereta hilang. Waktu itu, aku hanya mampu diam, tetapi kepala ligat memikirkan kemungkinan tempat kunci jatuh dimana dengan kemungkinan kunci itu masih ada di tempat aku terjatuhkan itu.  Dalam masa yang sama, aku bermunasabah, kalau - kalau ada dosa yang aku sengajakan ataupun tidak. Nasib menyebelahi aku, bila pak guard yang jumpa kunci aku di tepi jalan antara bangunan IKEA dengan The Curve. Ya Allah, besarnya hikmah beristigfar saat ditimpa susah. Dalam satu hari, dua perkara berat membebaniku. Cuma dengan beristighfar dan tawakal Allah dah tunjukkan jalan penyelesaian ! 

Allahuakhbar !

No comments:

Post a Comment