Wednesday, October 10, 2012

Tumblr #7

السلام عليكم و رحمة الله و بركات





Baru baru ini berkesempatan melihat rancangan Lonely Planet 6ix Degrees dari saluran Travel and Living Channel ( TLC ). Rancangan tersebut membawa para penonton ke Istanbul, Turki. Beberapa butiran sejarah diselitkan mengikut tempat yang dilawatinya sepanjang perjalanan pengacara di Istanbul. Diri mula merasai bangga apabila terkenang bacaan sejarah bahawa Istanbul itu dahulunya dikenali sebagai Kota Constantinople, dibawa kebebasan dari kerajaan Byzantium oleh sultan berwiba dibawah kerajaan Islam. Dari riwayat Ahmad, Rasulullah S.A.W pernah bersabda sewaktu menggali parit di Madinah dalam menghadapi peperangan Khandak, ” Constantinople ( kini Istanbul ) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik - baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera”
Seronoknya rancangan tersebut apabila dapat melihat kota yang disebutkan Rasulullah S.A.W, Aya Sophia, Selat Bosporus, Golden Horn sambil hati tidak henti - henti memuji kehebatan Sultan Muhammad al-Fatih dalam menegakkan hadis tersebut biarpun jarak zaman beliau dengan baginda adalah 800 tahun lamanya. Tambahan pula, setelah sekian lama disebut sebut akan siapa raja tersebut, tidak disangka sebaik - baik raja itu adalah pemuda yang baru berusia 25 tahun ! Ya Allah, menghitung tahun, usiaku sekarang dengan usia 25 tahun tersebut tidaklah jauh mana, tetapi usaha aku untuk Islam sudah jauh mana ?
Dalam seronok menonton rancangan tersebut, tiba rasa kekok bila pengacara dibawa ke slot bergambar bersama model orang turki berpakaian mandi muslimah. Muslimah ? Tidak lah muslimah mana bila pakaiannya ketat, tidak melabuhkan mana yang patut, malah seluar bahagian kaki tarik singkat sehingga nampak putih betis. Tepuk dahi. Mana pergi ajaran sultan kamu dahulu ? Seterusnya, pengacara dibawa pula ke sebuah kilang. Kilang arak. Sedihnya, kilang arak tersebut sudah lama bertapak dan beroperasi di Istanbul, dan pemiliknya orang Islam ! Malah, ‘tokey’ kilang tersebut membawa pengacara tadi ke pub - pub sekitar Istanbul menunjukkan di sana ramai orang datang tanpa segan silu memeriahkan tempat maksiat.
Astaghfirullah. Dulu ada menyimpan niat melawat ke sana, tawar pula rasanya bila melihat keadaan Istanbul yang dibawakan rancangan ini.
Penat usaha Sultan Muhammad al-Fatih menegakkan Islam dari segi syaritullah serta sunnatullah, senang sahaja Kamal Artartuk menghancurkan Islam sehingga terkesan ke hari ini ! 



P/s : Visit my tumblr : mohdqhassimi.tumblr.com

No comments:

Post a Comment