Sunday, October 2, 2016

Flat



السلام عليكم و رحمة الله و بركات






"Tahun ni je kita dah hilang 3 orang"

ujar mak teh sambil bilang guna jari.

"Cukuplah." 

Ringkas, tapi mendalam katanya.  Sudahlah makteh tiada rezeki anak, kini berseorangan pula. Sangat terkilan bila mak teh bertanya keberadaan aku waktu pakcik kena warded dahulu. Sibuk kerja di sebelah utara. Tak cukup manpower, hatta Sabtu Ahad pun terpaksa kerja. Rasa bersalah bila cuma berkesempatan jumpa waktu kerja di Taiping tempoh hari, berbuka puasa sama-sama, juga masa cuti Syawal sahaja. 

Dapat berita pun waktu tengah meeting, tak fikir banyak, terus pulang ke Taiping berbaju kerja. Dengan macam macam hal berlaku terbaharu sehingga pelbagai emosi bercampur baur mencorak suram minggu - minggu lalu, rasa 'flat' satu hari itu. Masih segar waktu menghantar arwah pak teh ke perkuburan. Sudahlah kubur di situ padat dan rapat - rapat, hatta lubang yang digali itu sehingga menampakkan kayu bekas keranda dari kubur bersebelahan. Nah, ada kain kotor di bahagian atasnya pula, aku yakin itu adalah kain kafan.

Ini bukan kali pertama aku menghantar jenazah ke kuburan. 
Cuma saat itu, hingga kini, aku rasa 'flat'
Hilang segala rasa yang kupendam.

Tawar hati melihat kosong dunia.

Yang mampu cuma senyum tersipu malu depan mak teh.



"Doakanlah Mimi mak teh. Nanti Mimi boleh selalu singgah melawat mak teh. InsyaAllah."




"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." 

(QS. Al-Baqarah: 153 )


Nabi bersabda dalam hadits Qudsi: Sesungguhnya Allah berfirman

"Aku sebagaimana prasangka hambaku kepada-Ku. 
Aku bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku."
[HR.Tirmidzi]

1 comment:

  1. Intan pn lately selalu dpt berita kematian.. mungkin dah adat kot seiring berlalunya masa.. semoga kematian mereka menghidupkan hati2 manusia yang ditinggalakn.. Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu’anhu..

    ReplyDelete