Monday, December 4, 2017

Pulau Langkawi : Tempat Makan Pilihan




السلام عليكم و رحمة الله و بركات



Nukilan pilihan peribadi khusus carian Google.

November 2017.



Ikutkan minggu, ini merupakan minggu ke - 12 projek aku di sini, Pulau Langkawi dan hampir 12 minggu juga aku telah berada di Pulau Langkawi. Persoalan utama sebelum tiba di sini adalah rumah sewa dan kereta sewa. Bos aku memilih untuk menyewa sebuah rumah, jimat kos katanya berbanding sewa hotel kira hari (pfftt). Aku kurang berkenan dengan rumah yang disewa tetapi kalau kalian masih mencari servis & kereta sewa terbaik bolehlah contact En Nasrul (012-4621655) atau Fawwaz (012-5353400). Budak muda, sempoi dan mudah berurusan dibawah nama syarikat mereka FZ Travel. Tempoh hari aku sewa Myvi musim cuti (asing dengan kereta sewa projek, lagi murahh) boleh dapat RM 110 untuk 36jam.

Melalut lari tajuk pulak dah. Okay, bila tiba di sini pula, tercari - cari pula lokasi/kedai/restauran menarik buat mengisi perut siang dan malam sepanjang perjalanan projek. Ikut adat kebiasaan ''jalan - jalan cari makan'', nak tahu kedai makan makan best, kena tanya orang - orang tempatan. Jadi berikut merupakan pilihan aku berdasarkan nasihat/cadangan rakan sekerja site sini dan juga 'terjah' sendiri;


1. Dee Thai Restaurant

Pilihan utama dan pertama aku. Kenapa Dee Thai? Tak tahu pun kewujudan restaurant bertemakan masakan Thai, client bawa makan sini tempoh hari berhampiran BSN Pekan Kuah, Pulau Langkawi. Rasa makanan sini? Tip-top!

Missing 2 - 3 lauk sebab belum sampai, segan ambil gambar lagi depan client lol


Sayang seribu kali sayang kalau anda bukan peminat masakan pedas, aku makan sampai berpeluh weh pedas Thai tu terasa tapi gagah juga makan sebab sedap sangat haha Mungkin boleh minta kurang pedas kat pelayan masa mula order. Aku bagi 4.5/5 bintang. Mana lagi 0.5 bintang? Tak cukup 0.5 bintang sebab harga dia boleh fikir dua tiga kali juga sebelum makan sini. Kedudukannya pada corner lot kedai atas bukit dan sedikit tersorok, dan sepanjang pemerhatian aku, tak ramai yang datang ke restaurant ini melainkan apa yang aku perihati pelanggang yang tampak bergaya. Alhamdulillah rezeki both client invite makan sekali! Bagi sesiapa faham dan hadam konsep ''sekali sekala berjalan ke Langkawi'', jangan lupa singgah Dee Thai!


2. D'Moon Cafe


Ingin mencari makanan bertemakan barat (Western) pada harga yang berpatutan? Boleh cuba cari D'Moon Cafe. Kedai tersebut terletak betul betul bersebelahan kiri Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Chandekura, Kampung Bukit Lembu. Terletak juga bersebelahan jalan besar antara lapangan terbang dengan Pekan Kuah dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari lapangan terbang. Mula beroperasi dari jam 6.30 petang ke 12.30 malam setiap hari kecuali hari Selasa, kedai tersebut selalu dipenuhi dengan orang ramai dek harganya yang murah. Terkadang jam 8 malam sahaja sudah dipenuhi pengungjung. Aku suka kedai ini kerna dua perkara, murah dan ada bahagian aku boleh duduk di kawasan terbuka (open space), kena dengan jiwa.


Tak tahulah waktu itu tengah tension atau betul - betul lapar, tapi kedua menu
ini aku yang punya termasuk mushroom soup & garlic bread sekali kat tepi!

Murah macam mana? Chicken Chop sekitar RM 6, grilled one macam dalam gambar tambah lagi RM 1. Twister (kanan dalam gambar) RM 7 dan mushroon soup & garlic bread cuma RM 4.50 sahaja! Tapi jangan mengharap garlic bread dia sesedap Nando's sudahlah hahaha Taste dia macam mana? Aku boleh bagi 3/5 bintang, masih lagi berbaloi bagi aku daripada makan kat foodtruck harga mencekik darah tapi rasa chicken chop macam deep fried @ ayam gunting tepi jalan haha


3. Nest Rooftop Cafe


Mencari kelainan di Pulau Langkawi? Nest Rooftop Cafe pilihan terbaik jika anda jenis memilih 2-in-1, santapan mata sekaligus santapan perut. Mula dibuka pada jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam, kawasan ini seringkali sesak dengan pelanggan terutamanya pada waktu senja berikutan Pantai Chenang ini menghadap terbenamnya matahari Pemandangan sisi kedai pula boleh lihat kedudukan Gunung Mat Chincang pada hujung sebelah utara.








Pemadangan menarik dan bertambah rasa kelainan bila dapat melihat kapal terbang seperti Air Asia dan Fire Fly terbang rendah untuk mendarat di lapangan berdekatan, terdapat juga paramotor (powered paragliding) melintas atas kafe ini. Menu makanan? Konsep kafe ini bertemakan makanan barat (Western) dengan harga main course sekitar RM 20 - 50. Kafe ini turut menawarkan minuman keras, maka berjaga - jaga dengan minuman yang dipilih.



4. Wan Thai Restaurant

Kalau selera tak kena dengan masakan Western di Nest Rooftop sebentar tadi, bolehlah cuba masakan Thai di Wan Thai Restaurant. Terletak di Pekan Kuah, terletak hampir 5 minit perjalan dari Jeti Kuah. Dekat je, cuma lokasinya berdekatan Dee Thai. Atau erti kata lain, kedudukannya sedikit tersorok juga sama seperti Dee Thai. Jangan risau, aplikasi Google Maps atau Waze kan ada.



Kredit : tertulis dalam gambar


Suka duduk di luar berbanding di dalam waktu malam,
suka ambiance dia sebenarnya.

Waktu operasi


Dari cara mereka menyusun atur meja dan kerusi sahaja, kita boleh bayangkan servis restauran ini. Pekerja mereka berpakaian serupa dan selepas sahaja tempah makanan, para tetamu dihadang dengan air kosong. Dah macam servis hotel, cuma harganya bukan melambung macam hotel. Secara mudah, harga makanan disini dbahagi kepada dua, harga biasa - biasa dengan harga bawah RM 10 dengan makanan sepinggan (ala carte) dan harga yang lebih mahal RM 20 (purata) ke atas dek tempahan lauk pauk, kena juga dengan kuantiti diberikan. Walaupun masakan sini tidaklah sesedap Dee Thai, namun secara keseluruhannya above average. Rasanya semua serba kena, lengkap, just nice omputih cakap.

Kredit : http://sharinginfoz.blogspot.my/2012/06/masakan-thai-restoran-wan-thai-kuah.html

Tempoh hari ada kontraktor bawa belanja makan tengah hari, merasalah ikan siakap masak tiga rasa & steam, udang masak butter dan masak merah, sotong masak tepung, akhir sekali, mestilah tomyam, signature restauran ini. Bagi yang tak tahan pedas, boleh minta kurangkan cili dalam masakan. Oh yea, air buah di kedai ini tak tambah air banyak, rasa jus buah kaw - kaw!


5. Nasi Dagang Pak Malau


Rasanya semua orang tahu dan kenal nama kedai makanan terkenal ini, Nasi Dagang Pak Malau.  Lokasinya tersorok dari kesibukan pekan terdekat, kedai ini menjanjikan pemandangan indah padi dan berlatarbelakangkan gunung gunang Pulau Langkawi. Selain mendapat tempat dalam surat khabar Utusan; LINK ; Jalan - Jalan Cari Makan juga pernah mengunjungi gerai ini. Bahkan mengikut FB page mereka ; LINK ; ada waktu ahli perniagaan mengunjung ke gerai tersebut dengan helikopter! Tuah badan tempoh hari, bersarapan nasi dagang tiba - tiba ada kerabat di Raja Perak turut ada sama.


Fuh, nikmat halwa mata kalau dapat makan tepi bendang macam di kedai ini.
Sumber gambar; FB Nasi Dagang Pak Malau

Sumber gambar; FB Nasi Dagang Pak Malau

Beroperasi setiap hari sehingga 2 petang kecuali hari Selasa, kedai ini selalu dikunjungi oleh ramai pelanggan. Cuma, ikut pengalaman secara peribadi, elakkan tiba di kedai ini melebihi jam 8 pagi pada musim sekolah. Ramainya manusia masyaAllah, rasa tertekan menunggu kerusi dan meja yang kosong. Bertuahnya aku bila bekerja di sana, jadi dapatlah merasa nasi dagang dengan amannya ehem.

Bawa abah ke sini waktu abah mak datang melawat

Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam goreng rempah.


Kredit : Mark Wiens

A bit pricey I would say, atau sebenarnya rata - rata makanan di Pulau Langkawi sedikit mahal jika hendak dibandingkan dengan ibu kota negeri Kedah, Alor Setar. Walaupun sumber yang menguar - uarkan resepi asal datangnya dari Negeri Terengganu, secara jujurnya, rasa nasi serta lauknya masih boleh diperbaiki. Aku boleh katakan sebegitu dek pengalaman merasai nasi dagang dari pelbagai tempat, terutamanya di negeri Cik Siti Wan Kembang dan negeri yang terkenal dengan Penyu. Namun, tak salah mencuba masakan mereka, tekak manusia kan lain - lain? Pernah juga aku bawa rakan dari KL mencuba dan dia suka sampai rasa nak tambah!



Okay, sekian sahaja cadangan tempat makan pilihan buat malam ini. Ikutkan, masih banyak lagi pilihan yang bersesuaian selera aku dan belum sempat ditulis lagi disini, seperti Cafe Hotel Bahagia, Medan Selera Penarak, Nasi Arab Kaki Gunung, Thai House Thai Seafood, Brothers Cafe dan gerai ringan berhampiran lapangan terbang. InsyaAllah akan update lagi entry yang sama ini bila ada kelapangan masa.

No comments:

Post a Comment