Saturday, April 4, 2020

Pernah bertanya pada diri, apa guna berdoa selama ini?



السلام عليكم و رحمة الله و بركات






Pernah bertanya pada diri, apa guna berdoa selama ini? Bukankah Allah Maha Mengetahui, lalu mengapa perlunya berdoa? Kata Imam Abdullah ibnu Alwi Al-Haddad masyur dengan qasidah Qod Kafani,


Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku, daripada permintaan dan usahaku. Doa serta permohonanku sebagai bukti pada kefakiranku. Oleh kerana rahsia itu aku berdoa, pada saat aku senang dan susah."


Kita berdoa, tanda kita ini fakir, mengakui hidup sebagai hamba serba kekurangan, perlunya bantuan Allah hatta sehela nafas sekalipun. Bukannya Allah tidak mengetahui apa yang kita mahu pinta dalam doa, tetapi berdoa itu menzahirkan kita hamba dan Allah itu tempat bergantung.

Cukuplah selama ini hidup bersahabat dengan syaitan, berdamailah dengan Allah. Yakin lah doa itu senjata orang mukmin berbuat menjalani kehidupan tika wabak covid-19 ini.




No comments:

Post a Comment