Sunday, January 30, 2011

Alhamdulillah :)

Syukur dapat jugak DSLR yang aku dari dulu inginkan. Sejak aku mengenali dunia kamera pada akhir umur 12 tahun, manual settting punya kamera pun aku hentam. Gambar - gambar yang superb dalam Discovery Channel telah membuka mataaaaaa aku kepada DSLR O.O Dan aku sangat berminat terhadap lensa macro ( sharpness is the best par of it ! ) Buat masa sekarang nie, takat belajar bodek kamera jelaaaa dengan default kit. Ader mase, turun Low Yatt lagi dengan harapan bawak pulang lensa macro tamron :D Kira sekarang nie, dah lengkap ' pakej ' aku. Laptop dah ade, DSLR bau kedai lagi, dengan handphone free,hahahaha Bagi aku, dunie remaja aku dah lengkap dengan 3 bende alah tue, yeah !
pss: aku team Nikon. anda ? :)

Thursday, January 27, 2011

Fuck You :)


Woah ! Agak kasar bahasa digunakan sebagai tajuk sesebuah lagu. Masa mula - mula dengar tajuk lagu nie, aku terbayang dua maksud FUCK dalam kotak fikiran aku, hehehehe :P Okeyy, aku ada taip Fuck You, tapi sesuatu yang pelik berlaku, tiada pilihan youtube.com berikan ? WTH ? Kalau tak percaya, cubalah taip. Kalau taip LOVE, laju jea pilihan video dikeluarkan, menandakan banyak video yang mempunyai tajuk LOVE. Aduuiiii, thanks to Alex for the tittle, kalau tak haram aku nak tahu. Lagu kat corong radio tue sebenarnya bertajuk Forget You ( ada jea video forget you ), masih artis yang sama, cuma dah tak ori laa kan ? Entah, aku rasa dah lama aku tak layan muzik video tapi Fuck You nie lain. Tergerak pulak hati aku nak melihat video Fuck You, dan hasilnya memuaskan ! :D Aku tergelak kowt layan video die, and try to fit myself as the boy, teen and the man in this vid. Video die pulak funky, enjoy jea tengok. Mesej dibawa tidak kurang menarik juga, yang paling aku sedar sikap materalistik masyarakat sekeliling. Haih, senang cerita, hampa tekan jela link kat bawah nih, fahami lirik dan maksud yang dihuraikan oleh website nih.


pss : masih dalam meng ' edit ' cerita 25/01/2011. in few days to be done :)

Sunday, January 23, 2011

Saje mengade nak upload,

Mood : Relaxed
Music : day'n'night ( bass remix version )


*perasantan Aizad menggila lepas kerja ?


Saturday, January 22, 2011

Bila dah habis kerja shif petang ~

Mood : Gembira selepas strees di tempat kerja, sembang happy - go - lucky :D

Muzik : Sungai Lui - Aizat , Aizad beritahu tajuk lagu nie apabila aku gembira hummingmase buat kerja cutlery kat belakang. Teringat balik tajuk lagu nie, dah aku memilih untuk putarkan lagu nyanyian Aizat malam nie :)

Macam - macam owh mood and expression aku hari nie. Marah ade, terkejut ade, geram ade, ketawa ade, sabar paling banyak, hahaha. Gembira ? Ade jea, bilaa ader budak kecil dalam 3-4 tahun tengah lari - lari dalam coffehouse tuh, tiba - tiba berhenti kat depan aku. Dengan muka comel nya, dia dongak ke atas melihat aku dan mula mengukir senyuman mengoda ! Ahhh ! Comel gila ! Nak jea aku cubit - cubit pipi dia, boley pulak buat muka cute depan aku ! Well, thanks to her which was remind me of keep smiling through thick and thin :)

Ikutkan tekanan, wooooaaahhhhhh... Aizad dan aku dah terfikir nak berhenti kerja bila masuk jea kerja ! We got scolded by manager 'coz being late for just 5 minutes past 3 pm ! Erm, kami tahu, kami salah. Tapi bertimbang rasa laahh sikit kat newbie nie, kan tengah hari tadi solat Jumaat. Derrr, aku sampai rumah lepas solat pun dah menunjukkan 2.30 petang ! Nak bersiap, nak gerak lagi dah makan masa. Tue dah kira pecut atas jalan raya dah tadi tuhh ! Eh, masuk bab pecut nih, teringat lak kata - kata Cik Wan :

Dengan Cik Wan, semua kena ikut apa Cik Wan buat dan arah. Kalau orang lain atas jalan 180km/j, jumpa selekoh 60km/j tapi Cik Wan takkkk.. Atas jalan 240km/j, jumpa selekoh 180km/j ! Kena cepat, tangkas, dan kemas !

Wahahaha, dalam otak aku asyik terfikir yang die nih mat rempit sejati ! PEACE ! ><>room service and I've got tips ! First ever dude ! :P Dahla, aku sebenarnya nak muatnaik gambar yang kami sempat ambil di tempat kerja tadi. Atas sebab peraturan bekerja, kami tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit, customer is our priority. Dengan tidak semenanya, masa kami pun terhad untuk bergambar bersama rakan sekerja, but instead, we did this night ! :D


Selepas kerja selesai, mangsa kamera D-SIM adalahhhhh ( bunyik drummm sikit ) :

D-SIM sendirik,
Aizad
Abang Shahril Asyraf
Kak Nasuha
Ah Meng ( selalu suruh dy masak piza :P )
Alex

















Agak memalukan bila aku terlupa nak tanggalkan bow tadi ==' Okey, gambar memang takkk lawa kalau ambil pakai L7i. Nak lawa edit sendirik, eden dah ponatt malam nih. Esok ade kelas memandu, yeahhaaaaaaaa ! :D

Wednesday, January 19, 2011

Aku rasa kan, kalau aku fly, akan aku tinggalkan lagu nie kat Malaysia.

Dengar lirik lagu nih, fulamak weyh, sedih ada, syahdu pun ada. Kalau lah dengan izinNya aku dapat ke France, beribu-ribu juta langkah dari Ipoh nih, mau aku meraung menangis kat sana nanti bila aku menghayati lagu nih, hahaha. Well, somehow, lagu ni berjaya pulih kan mood ribut aku sejak semalam lagi. Try laa dengar. Last word : Sayang mak abah :)))

*liriknya ditujukan khas kepada 'permataku', tak cakap laki/perempuan/orang tua. Boleh jadi kepada seseorang, tapi sayang aku takde, wahahaha. Rugi lak jumpe lagu nih time -time single nih :P

Tuesday, January 18, 2011

Aku lemah, punyai hati untuk berdiri kembali.

Current mood ?


Maha Kuasa Allah yang hanya menimpakan berbagai musibah dan dugaan bagi menguji keimanan serta ketakwaan seseorang kepadaNya, tidak pula bencana yang dicampakkan adalah ujian yang tidak boleh hamba hina tersebut hadapi setimpal dengan pemberian pancaindera beserta akal fikiran bagi manusia berfikir kearahNya jua.

Ya Allah ! Ringankan lah segala bebanku, permudahkan lah segala urusanku, sejahterakan lah kehidupanku, matikan lah aku dalam keadaan beriman dan Islam. Amin.

Sunday, January 16, 2011

Huh, Sunday's story.

Rasa marah pun ada, geram pun ada, lawak pun ada. Aduiiiii.. Tak kesah laaah, my bad. Nak buat macam mana, kang kompom telinga kena bising nanti, hahaha. Life isn't sweet at all kannn ? :D Eh, tak jadi laa pulak pergi wayang ! Ermm, ingatkan boleh laa pergi Jaya Jusco Kinta City, takpun Bangunan Seri Kinta untuk menonton cerita hooootttt kat Malaysia sekarang nih, Khurafat. Dengar cerita daripada rancangan Melodi, filem tersebut merupakan filem paling seram kat Malaysia ? Betul ke ? Papepun, aku tak nak tengok cerita serammmmmm ! Takut, -.-

Okeyyyyyy.. baru sahaja melihat preview filem tersebut, mau tak tidur malam aku nanti ==' Seriously, kau ajak laahh aku tengok cerita Saw hundred times, tengok video orang kena sembelih, kena tembak sampai terburai isi perut atau terkeluar otak putih dari kepala, tak pun nak tengok semua tue dengan mata kepala sendiri, AKU TAK KESAH! tapi bukan agenda seram - seram nih -.- Fyi, kebanyakan cerita seram ( terutamanya Malaysia punya ) terlalu banyak teknik suspen diterapkan ( cehh, sayang gak aku kat pemahamam novel ). Seram, ngeri teman tenung muke hantu efek tuh =__________________= Lagipun, once we shock, adrenaline will rush into our bloodstream, so we will adapt to face more and more of this bullshit suspense technique when small muscles and some organs are stimulated by adrenalime . Jantung akan berdegup laju, muka akan jadi merah merona..ehh? Pastu, tak rasa apa - apa dah, yang tinggal, fungsi cerebrum untuk interpret 'data' yang diterima, mungkin akan disimpan untuk kebaikan diri kita juga. Just like Paranormal Activity 2, aku terkejut gila masa tiba - tiba laci cupboard tertolak keluar, well, dalam fikiran aku " Wahh, hantu memberontak ke ? " haha, selain tindak balas biologi badan untuk berlaku. Aku tak menjerit punnn.. Ehem, Boboi tak jerit jugak, tapi terlompat siap mulut terngaga lagi. Hehehe. Okeh, yang nak complain nyer, dah tak ada rasa seram langsung lepas tuhhh ! Tak rasa membazir duett ker tengok cerita macam tuhhh ? RM 13 tuhh, dapat Nasi Vanggey kat Greentown masyukkk kowtttt! Huhuhuhu. Pernah dengar ayat nih.. 'Mereka' wujud atas kepercayaan dan ketakutan yang seiringan terhadap mereka.. ? Percaya boleh, takut tidak kerana itu hak mutlak Allah Yang Esa :) Jadi, tak perlulah suburkan perasaan takut tuuuu dalam jiwa kita. Biar langkah kecil diambil, daripada tiada! Peace yawww !

Terbanyak cakap lak -,- Okeeyyy, entry kali ini waaa mau ucap banyak-banyak terima kasih kepada inci Botak of Budak Belalang kerana sanggup hantar aku ke tempat kerja pagi - pagi buta :)) Macam pelik owhh masa pergi ke tempat kerja, it was car less ! Macam bandar berhantu ! Sumpah ! Nak bandingkan hari lain, memang pelik ahhhh. Gelap, sunyi, lampu trafik jea yang banyak menyala. Dengan bunyik anjing menyalak, perfectlah Ipoh jadi Haunted City of Sunday Morning ! Nak ke tengah bandar pun cuma mengambil masa 10 minit, 2x ganda lebih cepat ! Dalam otak aku, " erm, ader moto bapak aku hantar nanti, rempit laaa kat jalan nihh pepagi. Bukan ader orang ! "ahaha! Please don't try this idea at the road nearby ==' Kerja hari ini tak penat langsung, terlebih kenyang ader lah. Hotel owner pun siap melepak - ing ngan kita orang, berduet lahh pakat bersembang, haha. Dan balik tadi, parents ambil kan, sempat laa jugak melantak Chocolate Indulgence Secret Recipe punya sementara tunggu mereka datang kutip aku, hehe. Seeedaaappp! Aku suka coklat !

pss: aku rasa kan, berat aku bertambah naik ! Positive sign nih ! Jangan jelessss ! :P

Saturday, January 15, 2011

Hohohohihihihihihahahaha yeeeeeeeeee! :DDD

Hohohoho, hari sabtu nie off ! dapat bangun lewat ! Tak perlu rush-rush macam hari lain, selesa sikit nak bersubuh. Wahhhh, baru aku faham nikmat cuti bekerja, hahaha, lewat pun, kol 8 lebih dah kene siap, ader kelas memandu ==' Well, at least, alhamdulillah i've got life yang aku nak, setiap hari ade sahaja perkara baharu supaya lebih bersedia untuk masa hadapan. Bosan sekarang nie, muncul tak muncul jea dalam hidup aku, hehehehe.. Dapat balik mood happy good lucky aku, tak risau pape, tak pulak tanggung pape. Syukran! Syukran! Cuma tugas aku, waiting for the reality to come, kupercaya padaNya :)


pss: petang nie nak drive kete around industrial compound, hehe. Situ kurang sikit orang. Prepare for the next sabtu punya halllll~

Thursday, January 13, 2011

Kerja dan aku ;)

......Alangkah, indahnya dunia bila kita semua takkan membesar... Alangkah indahnya dunia bila kita semua akan bersama selamanya~~~

Alahai, apasal laa brader chef praktikal nie pasang muzik Hujan - Muda masa-masa macam nie? Tengah tertekan, tambah lak perasaan hiba dengan lirik lagu tuu, aduiiiii.. KETANGGG! KETANGG! Aish, banyak laa pulak utensil kena basuh nie. Nie, baru basuh belum rendam dalam air panas lagi. Nak keringkan dulu, lap elok-elok nak susun lagi. Aihhhhhh.. Der, kalau kau mengeluh sekalipun itu kerja kau yang carik! Duuhh =='

Aku basuh peralatan sumua tu bersama perasaan geram berbaur marah. Basuh utensil pun dah macam tak ikhlas dahh! Dose jer bila dapat gaji nanti ==' Hati masih tak tenang walaupun tangan pantas basuh peralatan tue kerana stok kat bahagian kafe makin berkurang. Aku tak nak kena bising dengan senior -,- . Dah laa baru 3 hari kerja. Hishhhhh.. Tengah geram-geram marah punnn, kepala aku masih ligat memikirkan peristiwa sebentar tadi.

Hmm, waktu buffet sarapan pagi dah nak habis. Tak hairanlah aku kenapa pelanggan kafe nie makin surut. Mataku macam biasa, senantiasa meliar mencari mana-mana pinggan yang kotor untuk dibersihkan daripada meja pelanggan atau sedia membantu pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di kafe ini. Sekali ternampak mamat 3 orang pada satu meja yang tidak jauh daripada tempat makanan disediakan. Meja mereka, kotor ?

Mister, may i take your plate?,
WAJIB SENYUM SEKALI !

Brader berbaju belang tue takat buat isyarat tangan, tandanya " Yes, you may " . Dengan senang hatinya, aku menyusun satu per satu sudu-sudu kotor ke atas satu pinggan kecil bersama bekas jem yang telah digunakan dannn juga.. BB knife ( bahasa waiter kowtt, BB Knife stands for Bread & Butter knife ). Dalam hati aku, " Okehhh, dah boleh jalan nih! " Baru angkat pergi beberapa centimeter..

KEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEETANNNNGGGGG!

" AstafirulAllahhalazim! " aku separuh menjerit dalam kafe tue! Mamat-mamat tadi semua pandang tepat pada riak muka aku. Si berbaju belang pula hanya setakat memandang pada BB Knife yang terjatuh padi hujang kasutnya, dan terus menyambung perbualan mereka bertiga tadi. Aku jerit tadi bukan sebab BB Knife terjatuh tapi pisau comel tadi dah tercalitkan mentega Anchor buatan Australia pada seluar jeans dia sebelum jatuh menyembah bumi! Ahhhhhhhhhhhhhhh! Baru 3 hari dah hadapi perkara macam nie! Aku rasa bersalah gilaaaaaa! Muka pucat gila, kalau ditorehpun dijamin tak keluar darah!

Ikutkan hati masa tue, cuma ada 3 pilihan yang akan menyelamatkan hidup dan kerjaya aku :
A) Mintak maaf kat dia dengan gaya - gaya tak bersalah dan berampus secepat mungkin.
B) Sembah cium kaki dia, pergi ambil tisu dan lapkan bersih-bersih pastue mintak maaf lagi!
C) Bodohnya kau! BB Knife tue kecil nak mampus! Tak kan tak reti nak angkat! Mintak maaf!

Entah kenapa, aku memilih untuk tidak menjawab. Terus angkat pisau tue, berjalan pantas ke bahagian belakang. Alex, Kak Aina ( kowtt ), Ah Ling dan Aizad yang sedang mengawasi kawasan masing-masing, melirik mata diorang melihat aku, bisu seribu bahasa! Tertekan gila laa weih masa tue! Nasib baik senior Abang Yoii dan En.Anuar ( Restaurant Manager kowtt! ) dapat RD ( tak tahulah maksud sebenarnya, yang aku faham itu CUTI ) Kalau tak,,,,, mampuihhh den! Tengah bawak barang-barang tadi ke belakang, tersempak pulak dengan kak Fazila. Dengan cun dan comelnya die sapa aku! Hehhhssss cair aku! Hilang sikit marah aku tadi! Hahaha, okey. Kak Fazila tue sebaya abang aku, kawan abang aku, bekas Ketua Pengawas SMK Pengkalan, kiranya aku EXCO dia dulu laaa. Sekarang, dia ambil praktikal chef kat situ. Makin lawa kowtt dia! Haha, mekasih kak atas sapaan cun anda !!! :D

Balik rumah, " Erm, kamu dah check hubungan kamu dengan Allah ? " dan mak aku terus berlalu ke biliknya dan menutup pintu. Terdiam aku dengan kata - kata mak aku, lantas aku masuk ke bilik, tutup pintu dan melepaskan lelah dengan merebahkan diri ke atas tilam.Hubungan? Apa die yeaa ??? Ya Allah ! Aku lupa baca Ar-Rahman dan Yassin pagi tadi! Sibukkan sangat nak cepat ke tempat kerja sampai terlupa kalam tuhan yang sedia setia menunggu aku. Patutlah gelabah jea tadi, hati tak tenang rupanya! Ampuniku tuhan, maafkan dosa aku Allah!

Pagi tadi,( 13/1/2011 ) aku bangun lambat. Sedang bersiap-siap, " Al-Quran ", terdetik hatiku apabila terpandangkan kitab itu di atas rak. Ikutkan masa, Aizad bila-bila masa sahaja akan menjemput aku. Ahh! Nak baca jugak! Ar-Rahman pun jadila! Dan alhamdulillah, pagi tadi semuanya sempurna ! Hati tenang, cuaca luar baik, Abang Yoii siap berjenaka lagi, En.Anuar pun. Kak Aina dah tahu sebut nama aku dengan betul, huhu syahdunya! Kerja waiter nih takde masalah kecuali pelanggan. Ada yang banyak ragam, ada yang berlagak sombong kaya, ada yang tanya macam-macam, isi kandungan lauk pun tanya, padahal sup kosong jea. Nak half-boil egg yang macam selalu diamakan kat tempat lain, tambah macam-macam dalam steamboat. Meletup kangg baru taw! =________________= Tapi pagi tadi semua pelanggan baik-baik sahaja. Siap hormat lagi pekerjaan kami! Siap ada pakcik sporting. Korang akan berasa bangga tak pun seronok sangat apabila pelanggan cuma menyebut dua patah perkataan ini, " Terima Kasih @ Thank You " . Senang jea nak tolong pelanggan lepas tue..Waktu lunch lak dari 12 noon sampai 3.00 pm,tak sampai 5 pelanggan yang datang! Tue pun sebab meeting and fast lunch. Aku boleh listkan siapa yang datang tadi. A Chinese man, owner hotel tue ==', a Malay Dato' with his client, a client and for last a women that have a place in this hotel. Lengang kowt! Aku, Alex dan Aizad siap belajar buat teh tarik gaya hotel yang bernilai RM 7,hahahaha.. tapi Aizad failed! 1st try, tawar. Aku lihat warna teh tarik tadi pun dah tahu tawar ke tak. Alex monyok jer telan air Aizad,haha 2nd, pekat sgt! Tona warna dah macam nescafe,haha Last-last dia ambil lagi satu cawan dan bahagikan. Settle,hahahaha Ya Allah! Besarnya nikmat Ar-RahmanMu yang cuma 5 minit bacaan!


Nie gambar teh tarik diambil semasa tengah lunch :) Bagi aku, gaji RM700 permulaan okeylaa kowt, sebabnya makan ditanggung. Chef masak lagi tue, aku dahlaaa suka makan! :D Tapi, tak suka lah kalau shif pagi. Makanan special tak boleh sentuh langsung! >.< Tak kesah, esok aku, Aizad dan Farid dapat shif malam. Dapat gak kerja bersama! Shif malam boleh sentuh semua masakan chef! Hahahahaha! Yes! Yes! :P

Sunday, January 9, 2011

Ipoh is 3G territory :)


Eh, dah 9/01/11 ?

Cepatkan masa berlalu? fikir - fikir balik , aku macam masih bersantai di dapur rumah Boboi menikmati hidangan cekodok pisang emas Cik Tie sediakan dengan suasana kampung Si Jangkang. Ahhhhh, masa itu emas! Esok dah 10/01/11, hari aku mula kerja erti kata lain, masa 'bercuti' aku sampai di sini sahaja. Sejujurnya aku katakan, tak bosan kehidupan seharian aku sejak peperiksaan English for Science and Technolgy, setiap hariku jalani dengan pelbagai agenda dan juga karenah manusia yang perlu aku hadapi. Mungkin, ini satu caraNya untuk memperlihat keesaanNya dengan mata dan akal untuk melihat dan berfikir demi menjadi seseorang yang lebih baik daripada semalam. " Penutup " masa aku bercuti nie kurasakan seronok dengan kehadiran tetamu yang datang dari jauh, dapat jua aku terokai Bandar Ipoh dengan mereka. Macam-macam aku jumpa dengan kaki dan tangan. Bertemankan alfa bin sony Boboi, dapat jugaklah kami mengambil sedikit gambar di sekitar Ipoh nie dalam album Ronda - Ronda Ipoh di Facebook aku. Agak kekok dan kelu apabila mereka bertanyakan pelbagai soalan mengenai Bandar Ipoh dan sejarah kewujudan sesuatu perkara atau bangunan, namun aku dengan mudah menafikan dan menyatakan aku lahir di tanah Johor dan kenal Ipoh cuma baru menjengah 3 tahun :) Dan mereka pula bakal balik ke kampung halaman masing-masing apabila matahari sudah tegak nanti, Boboi menaiki KTM Berhad ke Kuala Lumpur seterusnya ke Klang manakala Amin Ali memilih Trasnasional Berhad ke Parit Buntar. Aku ? Hmmm, terpaksa mencari baju putih berlengan panjang petang nanti agar dapat digunakan sepanjang waktu bekerja aku di sebuah hotel di sini. Akan ke City Ipoh untuk menstruktur kembali jadual kelas memandu aku, supaya tidak bertembung dengan waktu bekerja aku. Aku.. tak tahu apa yang akan jadi selepas ini. Mungkin.. kurang masa nak melayari internet, berblogging, mahupun bersembang kosong dengan kawan di kedai mamak. Takpaa lah, aku pernah terbaca satu artikel, kejayaan ditemani kegagalan dan pengorbanan. Kejayaan seseorang itu merupakan 1% hasil kerja yang kita curahkan, manakala 99% adalah penat lelah mengenalpasti kelemahan dan membaikpulih kegagalan kita hadapi. Aku cuma berasa syukur dan seronok dengan kehidupan aku sekarang, entah terasa tiada beban duniawi di bahu aku, mahupun beban lain yang aku perlu galas. Urusan seharian pun terasa dipermudahkan dan dirahmati. Aku harapkan perasaan, nikmat ini berterusan agar tak lari daripadaNya. :)


pss: To Boboi and Amin Ali, thanks for coming, i really appreciate it. Thanks for willing to let me become a champion in Fifa10 game we played :P Mintak ampun atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang korang berada di sini :)

Friday, January 7, 2011

OASIS :D

Buat Tingkatan 4 di luar sana yang masih teragak - agak nak masuk Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ), meh aku cadangkan kalian semua masuk Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur atau lebih dikenali dan digeruni sebagai ASiS :) Bukan nak bangga tapi nak promote ASiS :D

Aku ada 10 sebab untuk semua lelaki Tingkatan 4 luar sana ( gander XX, post ini tidak berkaitan dengan anda, jangan nak terasa, atau mengada-ngada nak kata POYO :))). Take a view with this link~

Tuesday, January 4, 2011

Shhhhh, senyap sikit~

Setting : Tingkat atas ( offline nanti turunlaa ), sejukkkk~
Masa : 2.36 pagi :)

Huih, sejuk kowt beberapa minggu nie. Sejak aku balik Ipoh haritue, ade lah beberapa hari timbul matahari menerangi muka bumi Ipoh. Kalau tak, cam cuaca hari inilah. Chilly ~ Tapi, kalau timbul, aku tak boleh duduk diam. Panas! Lewat malam nie pun, dah terasa sejuk sampai ke tulang ( hiperbola ke tue ? ) Bukan nak tipu kowtt, tapi aku ada saksi comel di bawah, :))




She's sleeping, not play hide n seek lewat - lewat malam nih, haha Selimut tue, selimut ASiS! Hahaha, bawak naik atas untuk kemudahan aku jugak, kalau penat sangat tidur terus kat atas. Alih-alih, 'die' dah copp tempat dulu. Lawan tokehh nampak ==' Jarang tengok kucing sendiri tidur pakai selimut,hoho

Hah, sekor nie jerr standby. Santai jer tidur atas meja plain, macam tak rasa pape -.- Oleh sebab tergoda dengan kecomelan beliau, aku usik dia sampai dia bangun dah pergi dari situ,hahaha :D

Saturday, January 1, 2011

1st JANUARY 2011. 1/1/11

Malasnyaaaa nak edit balik post nih. Mau makan 2 jam nih, cerita hari nie, panjangkan botak?

=_________________=

Senang cerita, hari ini aku banyak habiskan masa tidur dan mencari kerja :D


1245 :* Vrrrr * L7i aku vibrate. Mataku buka perlahan-lahan,

D-SIM, nak cari keje tak?

Dengan malasnya aku balas,

Jap lagi, kita pergi dengan Hanif.

Penatnya, kuselubung tubuhku dengan selimut kembali.

1601 :* Vrrr * L7i aku vibrate lagi. Siapa pula nie~ Aku tekan butang hijau pada papan kekunci henset,

Hoi! Cepaat arr, sembang nak keje.

Haish, mamat nih, potong stim betul =='

Iye - iye,
Heyyy.. bila nak pergi ?
Pas asar okey? Solat dulu~
Set.

Target kami :

1st.
PasaBina di PasaBina Emas Mall

Kenapa ? Alah, dekat jea pasaraya nie. Ikutkan dulu, selalu berbasikal ke sini untuk bermain badminton sebab ada gelanggang sewa di tingkat atas. Mula - mula, ligat pulak aku fikir, macam mana nak cari kerja nih ??? Hah ! Kalau tak silap, biasanya ada ditampal vacancies advertisement pada information board, and we went looking forward. Jumpa, tapi yang ada. . .

Promoter Bahagian :
Kasut
Pakaian
Makanan.

Cantik nih! , kata Aizad sambil tersenyum

Tapi masalahnya,

Ish, sape nak pergi tanye nih? Segan laa,
Kome laa pergi,
Farid, trylaa..
Segan weihh..
Jom carik mak cik tue sikit, baik sikit.
Okey Aizad,

Aku segan weyh! Aku makin lama, makin mengurangkan langkahku, sedar - sedar Aizad dan Farid dah tanya seorang mak cik kat dalam pasaraya tue. Tiba - tiba, Aizad berpaling dengan muka.. Apa tue? Masam ?

Jom arr bla, macam taknak kasi kite keje jea.

Hahaha, inikah dugaan mencari pekerjaan mulia?! Keluar keluar, alamak. Hujan, naik motosikal jea tadi. Nak taknak, kena laa tunggu hingga hujan reda.






Hah, kita orang melepak macam orang takde kerja, ahaha. Eh, memang tak da kerja pun ==' Dahlaa pening memikirkan pencarian pekerjaan nih. Tapi,ada hikmah kowt hujan nie, sebab teringat pula kat Faizatun dah ada pilihan kerja. Kenapa tak tanya dia ? Message in and out jela sepanjang petang tue, tanya macam - macam , sekali dia beri idea bernas, kerja kat hotel! :D Tenkiu Tun! Sayang ko, hahaha

Dan lepas magrib * tak sempat yasin hehsss * , terus keluar, bawak Hazmi sekali.

Laaaa, pergi mane lak nih?

Farid menjawab,

Moto aku haus, nak minum katanye,

Hahaha, Farid farid.



Secara tidak langsung,

2nd.
Shell Pasir Putih kami tujui. Selepas selesai isi minyak,

Makin lebatla pulak hujan nih, aku terlupe bawok baju rider aku,
Erm, pergilah balik dulu, kteowg tunggu kt sini.

Lama menunggu Farid. Bak loghat orang Perak, kami melenggut je laa kat situ, tanpa buat apa - apa. Sekali. .

Aizad! Tue! Tue!
Ape die?
Aku jumpe keje kosong!
Mane ang nih?
90' ko...

Terpampang banner besar gila kat pagar milik Shell, tertulis JAWATAN KOSONG STESEN MINYAK SHELL. SILA HUBUNGI..bla..bla..bla.

Segan sangat..
Aizad, aku pandang dinding. Ko sebut nombo shell tue cepat..
Hahaha, okey2..


..... tulis nama dan kad pengenalan, nombor telefon sekali~

Dah dapat satu tempat! :D My first attempt ever! Yeaahaa! Seronok tak terkata! Hehehehe.. Ceh, tapi bukan secure dapat tempat ke tak =='

3rd.
Heyyy, basah-basah kite pergi The Store nih, Aizad mengeluh.

Tempatnya, taklah jauh sangat memandangkan kami tahu selok-belok laluan pintas ke sesuatu tempat dalam Bandar Ipoh. Lagipun, bukan besar sangat pun Ipoh nie jika dibandingkan Kuala Lumpur -.- Ketandusan idea, dan segan bertanyakan jawatan kosong, aku cadangkan agar naik dahulu ke tingkat atas bahagian pakaian.

Wah! Ramainye! Pahal nie?

Ada sale kott! Baju Cheetah yang lawa boleh dapat bawah RM20. Pergh, ikutkan nafsu satu lori nak angkut balik. Haha,

Kome nie, nak keje taknak?


Hazmi tegur kami bertiga. Aku tengok Farid, Farid tengok Aizad,haha.


Mintak keje pun segan..

Tanpa sempat kami membalas,

Bang, sini ada kerja kosong?

Seorang promoter bangsa C ditegur Hazmi. Aku.. kagum dengan Hazmi, kerana muka tembok yang bertempat! Ingat lagi masa aku nak beli eye piece earphone, masa tue nak beli pun segan!!! Hazmi jugak laa saviour aku, pada hari tue dan hari ini juga :) Dah set satu tempat, walaupun aku, Farid dan Aizad department lain - lain. Hazmi? Dia dah kerja, dan.. bakal menjadi wira negara di Sg. Bakap, Pulau Pinang! Hahaha. Ajak dia keluar pun, sebab nak pujuk dia. Kata nya, aku yang sepatutnya satu kem bersamanya, ditinggalkan begitu saja atas alasan kesihatan aku. Memang aku tak boleh buat apa - apa atas nasihat doktor tambahan pula, mak aku nak tahu sangat result penyakit aku nih, dah masuk 4 bulan kowt! Dah. Back to The Store. Tak kisah la department lain - lain, asalkan ada kerja mulia :) In fact, aku bawah amoi cantik kowt dan bekerja dengannya sehingga Hari Raya Cina! =P Kalau lepas Isnin depan, boleh start kerja 18hb Januari ini :D

4th.
Kome nak ke kerja Econsave nih? Aku tak lalu,

Tegur Farid. Aku lihat persekitaran pasar raya tue, kotor. Tak pelah, kita cuba jelah.
Then, kami isi borang mintak kerja. Ada baca syarat nya, yang leceh, kena buat ujian kencing sekali ==' benci arr procedure melibatkan hospital/klinik nih. Dah bosan pergi tempat sewaktu dengannya tue! Tapi yang lawaknya, masa isi borang kerja tue lah.

Aizad : Eh, die ade mintak keje yg dipohon laa
Farid : Hmm..
Aizad : Nak tulis ape nih D-SIM ?
Aku : Jawatan ape yang ade haa??

Ligat aku memikirkan..

Aku : Ha!!! Ikut ape yang aku tulis,

Anak mata Farid dan Aizad melirik dakwat mata pen ball atas kertas aku ,yang dipijam dengan Uncle jual henset,ahaha terima kasih uncle!!! :D

Aku tulis ... Selain CASHIER.
Farid merungut,
Aku taknak jadi CLEANER, nanti kerja dengan bangla.

Aizad : Hhahah, ha'a erk.
Aku : Hehe, okey... aku nak tulis...

SELAIN CASHIER DAN CLEANER. SSsssiap! =p

Hazmi : Gaji ko tulis brape mie?
Aku : Jom try MELEBIHI RM1000
Hazmi : Hahahah, mak! Kerje tak seberape ade hati nak lebih RM1000!
Aku : Hehe..

Aku padam, tulis balik..

MELEBIHI RM800.

Okey laa kowt, nie dah melebihi daripada yang sepatutnya. Lagipun, kami cuma lepasan sekolah yang sedang menunggu keputusan SPM. Itu jelah 'tahap' maksimum untuk golongan macam kami, huhu.

5th.
Mostly hotel di Ipoh buka ' jawatan kosong ' pada hari Isnin. Waktu kerja.
Syuen, Excelsor, Caserina, Impian dan Heritage. Aku harap sangat dapat kerja kat hotel. Senang, lagipun bukan ramai sangat pelancong kat Ipoh nie. Takat function kat restaurant dan ballroom jela yang selalu ada. Malah, dah banyak belajar protokol dan etika sewaktu di bumi ASiS. Tak salah kalau aku mengaplikasikan semula ilmu aku tue. Sebelum ' berhenti ' cari kerja di hotel last Caserina..

' Simi, tengok tuee '

Farid memuncungkan bibirnya kepada sebuah bangunan di sebelah kiri jalan.Wow! Tak sangka pulak ada San Francisco Steakhouse kat Ipoh nie. Bila boleh rasa nih?

' Nanti, first gaji kita makan sini ' kata Farid.
' Set! ' aku tersenyum mendengarkan first gaji.

Kerja pun belum start lagi! Hahaha




Sebelum balik, isi perut dulu. Aizad mula keluar lepas magrib tadi dah merungut lapar. Akhirnya, dalam jam 2300 lebih, kami memilih untuk makan di Dataran Ipoh. Bagi kami, inilah tempat 'biasa'. Datang Ipoh, sebut jea dataran mesti penduduk tempatan dah membayangkan pelbagai gerai makanan di bawah kanopi masing - masing. Sebut jelah menu ape yang nak, seafood ada * mahal sikit,sebab Ipoh ke laut 7okm * sate, perghhh sedap! Jus strawberi, masakan barat pun ada! Ehem, kalau rajin hembus, perkhidmatan syisya pun boleh masuk dalam bil makanan,haha Kebanyakan gerai di sini menyediakan makanan yang panas dimasak. Malam nie, aku belanja Hazmi bersempena keberangkatan beliau ke PLKN beberapa hari jea lagi! Haaha! Erm, lupa nak belanja birthday dia pun. Kira belanja 2-in-1 lah,hehe.. And, I chose Nasi Goreng Pattaya. Lapar nasi tadi,hehe.. Seriously, sedap!




Berikutan masa sedang merangkak masuk hari Ahad, seperti minggu - minggu lepas, terdapat suatu ' pameran ' kereta di Dataran Ipoh berhadapan Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh. Sebenarnya, kalau ikutkan.. lagi lewat malam, lagi banyak modified car macam gambar di atas dan juga kereta sport mewah. Pernah aku datang sini jam 0100 dengan kawan - kawan semata - mata ingin mencuci mata ( peliknye ayat ==' ) dengan pameran percuma ini,haha. Aku..cuma suka dengar bunyi dentuman muzik daripada pembesar suara yang diubahsuai masuk ke dalam kereta tue jea.. Bunyi bass die, kuat nya cukup membuatkan para hadirin merasaikan degupan jantung yang lebih pantas walaupun beratus meter jaraknya! Jantung berdegup kencang kowtt! Aku suka bass..sangat..sangat.. Syukur lah, mak aku berikan Home Theater + Sub-woofer padaku semasa Form 3. Memang aku setup bunyi bass sekuat mungkin! Weeeeha!!! Masyuk kowt layan lagu Dota dan Jumper! Kalau main Call Of Duty terutamanya Modern Warfare 2, perghhh! Macam tengah berada di medan pertempuran! Bunyi efek dia real!

As I expected, It's impossible to go bed early as I'm blogging for more than 2 hours :) Start about 2.30 am something, and Subuh prayer is a few minutes away,haha. And I've got driving license class to attend at 9 in the morning ==' Btw, Assalamualaikum and Good Morning yaw! :D

pss : sume gambar pure, x edit. nak cantik edit sdirik :)